Kerana tidak mahu melengahkan masa lagi, penerbit Creative Skill Solution Sdn Bhd iaitu Suriyati Sidek berkata pasukan produksi drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard akan kembali bekerja sekitar minggu hadapan bagi menyelesaikan saki-baki penggambaran di sekitar Lembah Klang.
Dalam pada itu, apabila mengulaskan isu mengenai status pelakon Lana Nodin yang turut berlakon dalam drama tersebut, penerbit itu berkata pihaknya sedia maklum tentang hal membabitkan aktres berkenaan.
Menurut Suriyati ketika ditemubual oleh mStar, aktres tersebut mempunyai surat doktor yang menunjukkan sebab kenapa tidak mengambil vaksin COVID-19.
Dia ada surat doktor. Bukan tak nak ambil (vaksin COVID-19) tapi dia ada masalah kesihatan dan juga dia menyusukan anaknya.. ada masalah.
View this post on Instagram
Sedia maklum, nama Lana Nodin hangat diperkatakan sebelum ini di media sosial kerana mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta dituduh sebagai golongan anti-vaksin kerana cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin itu.
Namun, pelakon itu menafikan dirinya merupakan golongan anti-vaksin, cuma dia hanya mahu menunggu vaksin COVID-19 ini betul-betul selamat untuk digunakan kerana sehingga kini ia masih dalam proses ujian klinikal.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.