Pengetua Tahfiz Liwat 9 Pelajar Dikenakan Tindakan Mahkamah

Trending

Pengetua Tahfiz Liwat 9 Pelajar Dikenakan Tindakan Mahkamah

Seorang pengetua pusat tahfiz yang terletak di Kepong, sebelum ini telah ditahan polis kerana didakwa meliwat sembilan pelajar dari sekolah itu, telah didakwa di mahkamah.

Advertisement

Mangsa masing-masing berusia di antara 11 hingga 16 tahun.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 September.

Pelajar-pelajar tahfiz berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada pengadu berkenaan mengenai perlakuan suspek berusia 30 tahun yang merupakan pengetua pusat tahfiz itu.

“Suspek dipercayai telah mencabul dan meliwat kesemua mangsa.

Suspek didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Rabu (19 September), dengan 11 kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacop menyeru sesiapa sahaja yang mengetahui kes-kes penderaan seksual yang sama seperti ini untuk tampil secepat mungkin.

“Kami akan memastikan bahawa mangsa menerima keadilan,” katanya.

Kesemua sembilan pelajar dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk membuat kenyataan mereka sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Bernama dan The Star

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...