Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah, Sekali Lagi Diiktiraf Dalam Senarai Forbes Asia ‘Heroes of Philanthropy’ Untuk Kali Kelima

Berita

Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah, Sekali Lagi Diiktiraf Dalam Senarai Forbes Asia ‘Heroes of Philanthropy’ Untuk Kali Kelima

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah, sekali lagi diiktiraf dalam senarai Forbes Asia Heroes of Philanthropy kini untuk kali kelima.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sunway, Cheah, yang juga pengasas dan pemegang amanah Jeffrey Cheah Foundation, menerima pengiktirafan tersebut atas komitmen seumur hidupnya terhadap pembangunan negara melalui pendidikan berkualiti dan kerja-kerja kebajikan.

Advertisement

jefry cheah

Saya sentiasa percaya setiap daripada kita mesti mempunyai tujuan hidup yang lebih tinggi. Bagi saya, panggilan itu ialah komitmen untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan cara yang bermakna dan memberi impak demi manfaat generasi akan datang.

Saya amat percaya bahawa mereka yang berjaya dari segi kewangan mempunyai tanggungjawab untuk memacu kecemerlangan pendidikan di negara ini kerana pendidikan berkualiti menjadi asas penting bagi sebuah negara membentuk masa depan rakyat dan masyarakatnya.

Sehingga kini, Jeffrey Cheah Foundation telah menyalurkan lebih RM967 juta dalam bentuk biasiswa dan geran kepada puluhan ribu pelajar, kebanyakannya daripada keluarga kurang berkemampuan. Dana tersebut dijangka melepasi RM1 bilion menjelang 2026.

sunwaySumber : leow kok leong  

Pada November 2025, Cheah berikrar untuk menyumbang RM500 juta dalam tempoh lima tahun bagi mewujudkan salah satu dana endowmen pendidikan terbesar di Malaysia. Dana ini bertujuan memacu kecemerlangan akademik, penyelidikan bertaraf dunia, dan inovasi di Sunway University untuk jangka masa berterusan.

Pendekatan strategik dan berpandukan misi dalam kerja filantrofi Cheah ini diilhamkan daripada universiti-universiti terkemuka dunia seperti Harvard University dan University of Cambridge.

Model yang sama turut digunakan dalam sumbangannya kepada sekolah-sekolah kerajaan di seluruh negara, termasuk lebih RM57 juta bagi membangunkan, menaik taraf dan memperluas 10 sekolah awam di Malaysia.

Selain itu, Jeffrey Cheah Foundation turut memperuntukkan RM5 juta kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menubuhkan Tan Sri Sir Jeffrey Cheah Distinguished Chair di Fakulti Perubatan. – The Star

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anak tahanan ISA maut
2025-12-12 09:41:36

Anak Perempuan Bekas Tahanan ISA Maut Akibat Kemalangan Di Melbourne

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...