Pengendali Vaksin Astrazeneca Perlu Tunjuk Isi Suntikan Sebelum & Selepas Kepada Penerima

Trending

Pengendali Vaksin Astrazeneca Perlu Tunjuk Isi Suntikan Sebelum & Selepas Kepada Penerima

Untuk mengelakkan sebarang isu berbangkit, penyuntik vaksin kini perlu menunjukkan jarum suntikan sebelum dan selepas memberi suntikan kepada penerima vaksin.

Tambahan SOP ini adalah susulan dakwaan pemberian dos vaksin keluaran AstraZeneca yang didakwa kurang daripada sepatutnya, baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius dakwaan itu yang dikatakan berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), yang mula tular di media sosial bermula pada 20 Mei lalu.

Advertisement

Katanya, sebagai langkah memastikan kualiti pengendalian vaksin AstraZeneca untuk COVID-19 berada pada tahap optimum, KKM menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di PPV AstraZeneca.

“Mereka juga perlu menunjukkan jarum suntikan yang dikosongkan kepada penerima vaksin selepas suntikan dilakukan”

Beliau berkata, KKM akan sentiasa memastikan Program Pemberian Vaksin AstraZeneca dilaksanakan dengan jaya dan selamat untuk penduduk Malaysia.

Menurut laporan media, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) juga sedang menyiasat secara terperinci dakwaan pemberian dos vaksin AstraZeneca terkurang sebanyak 0.5 mililiter (ml) di WTCKL.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...