Pengemis Warga Asing Di Pasar Malam Makin Menjadi-Jadi, Boleh Dapat RM18000 Sebulan

Kehidupan

Pengemis Warga Asing Di Pasar Malam Makin Menjadi-Jadi, Boleh Dapat RM18000 Sebulan

Jabatan Imigresen Johor berjaya menahan 18 warga asing dalam satu operasi menggempur pengemis jalanan warga asing di dua lokasi pasar malam di sekitar Kampung Melayu Majidee dan Taman Abad.

Operasi itu dijalankan pada 3 Februari lalu selepas mereka menerima maklumat daripada orang awam dan hasil risikan Jabatan Imigresen Johor ke atas kegiatan mengemis melibatkan warga asing di sekitar Johor Bahru.

Advertisement

pengemis warga asing ditahan imigresen

pengemis warga asing ditahan imigresen

Hasil siasatan awal mendapati kesemua pengemis yang ditahan mampu meraih pendapatan purata seharian sehingga RM600 seorang.

Berdasarkan kenyataan rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di Facebook, 18 warga asing yang ditahan terdiri daripada 4 lelaki warganegara China, 4 lelaki warganegara Thailand , 3 lelaki dan seorang perempuan warganegara Kemboja, 2 perempuan dan 2 lelaki warganegara Syria.

Selain itu, seorang lelaki warganegara Bangladesh serta seorang lelaki warga Pakistan turut ditahan di mana kesemua mereka berusia dalam lingkungan 40 hingga 69 tahun.

Pengemis jalanan yang ditahan dipercayai ada yang kudung dan cacat anggota untuk meraih simpati pengunjung pasar malam.

 

Mereka disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Kesemua yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 weeks ago

Sindiket Pengemis Eksploitasi Kanak-Kanak Sekitar Bukit Bintang & Klang, 'Kutip' Hingga RM3000 Sehari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...