Pengemis Meninggal Dunia Gara-Gara Buat Aksi ‘Back Flip’ Selepas Ditawarkan RM25

Trending

Pengemis Meninggal Dunia Gara-Gara Buat Aksi ‘Back Flip’ Selepas Ditawarkan RM25

Terdesak mahu mendapatkan wang bagi membeli makanan, pengemis berusia 55 tahun ini maut selepas membuat aksi ‘back flip’ yang mengakibatkannya patah leher. Dia sanggup melakukan aksi itu selepas ditawarkan $6 (RM25) oleh Keonte Jones.

Pengemis dikenali sebagai Larry Coner itu dikatakan telah mendekati Jones untuk memintanya wang. Selepas menawarkan jumlah wang itu, Jones kemudian merakamkan percubaan itu secara langsung menerusi akaun media sosialnya. Pengemis itu dilihat berkali-kali mencuba melakukan ‘backflip’ namun tidak berjaya.

Advertisement

Pada percubaan yang ketiga, malangnya dia mendarat di bahagian kepala dan terlantar di lantai.

Pemuda itu kedengaran ketawa dengan kuatnya apabila melihat pengemis itu gagal melakukannya. Pada masa yang sama, pengemis itu kekal terbaring dan tidak sedarkan diri. Dia mengalami kecederaan tulang belakang yang teruk dan meninggal sepuluh hari kemudian menurut pihak berkuasa.

Seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah adik beradik pengemis itu menggambarkan Coner sebagai lelaki yang rendah diri dan mengalami kehidupan yang susah. Aksi sekumpulan pemuda memperlekehkan saudaranya sehingga mengakibatkan kematian adalah sesuatu yang tak dapat diterima.

“Mengapa kita tidak mempunyai belas kasihan terhadap orang lain dan belas kasihan terhadap manusia lain.” 

Keluarga Coner dilaporkan membawa kejadian itu kepada polis Las Vegas yang mula menyiasat video yang dirakamkan sendiri oleh Jones. Lelaki tersebut kemudian ditahan pada hari Selasa kerana disyaki sengaja mengabaikan keselamatan seseorang dalam kematian Larry Coner di Las Vegas, Nevada.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...