Pengembara Rentasi 27 Negara Persoal Dana RM4 Juta Yang Diminta Dr Suwaibah

Trending

Pengembara Rentasi 27 Negara Persoal Dana RM4 Juta Yang Diminta Dr Suwaibah

Berita mengenai pelari solo negara, Mej (K), Dr Suwaibah Muhammad Nasir yang memerlukan dana kira-kira AS$1 juta (RM4 juta) bagi melengkapkan Jelajah Kemanusiaan Menakluk 30 Menara Tertinggi Dunia di 14 negara, menarik perhatian beberapa pihak.

kembara

Advertisement

Antaranya ialah salah seorang daripada tiga anak muda yang menggelarkan diri mereka Sick Siders Malaysia (SSMY), Amir Arsad, yang kini dalam misi merentasi 27 buah negara.

Mereka pernah mendapat perhatian netizen kerana membuat keputusan untuk terbang ke United Kingdom (UK) dari Malaysia dan mengembara mengelilingi dunia dengan basikal.

Sudah merentasi 22 negara termasuk Bosnia dan China, seluruh perjalanan itu dianggarkan sejauh 29,000km. Pelbagai dugaan diceritakan menerusi Facebook SSMY sehingga terpaksa ikat perut, namun kekurangan itu menurut mereka tidak pernah menghalang untuk tetap meneruskan perjalanan.

kembara

Amir meluahkan rasa kecewa menerusi Facebook peribadinya tentang dana yang diperlukan pelari berkenaan yang didakwa melebihi daripada yang sepatutnya.

Berikut adalah luahannya yang mendapat perhatian netizen.

Dear Dr. Suwaibah,

USD 1 Juta??? Seriously???

Sewaktu saya update status ni, saya sedang berada di Kyrgyzstan dan merupakan negara yang ke-22 yang telah saya rentas dan ada lagi 5 negara perlu saya rentas untuk sampai ke Malaysia. Untuk pengetahuan Dr, saya bersama rakan-rakan saya, kami sekarang dalam misi berbasikal dari United Kingdom untuk pulang ke Malaysia dan kami telah mengembara selama setahun lebih. Dr. tahu berapa jumlah yang telah kami belanjakan? Tak cecah pun USD 1,500 setiap seorang!!! Ada pihak yang taja kami? Tak ada!

Iya betul, Dr. memang orang yang ada nama walaupun saya tak kenal Dr. ni siapa. Dengan gelaran Dr. tu dah menunjukkan Dr. orang ternama kan? Huhu. Kalau Dr. nak buat sesuatu, mesti ada orang sudi taja Dr. kan? Tapi agak-agak lah kalau minta tajaan pun. USD 1 juta tu melampau sangat Dr. Bagi tahu kami apa yang mahal sangat sampai perlukan USD 1 Juta? Bagi tahu kami apa faedahnya kepada negara sampai meminta-minta tajaan sehingga USD 1 Juta tu?

Agak-agak lah. Kalau Dr. tak mampu buat cara tak mampu. Macam kami ni, kami sedar yang kami ni tak mampu sangat. Sebab tu kami berjimat sehabis mungkin. Tidur pun dalam khemah, tak pun menumpang masjid atau rumah orang. Makan pun masak sendiri setiap hari, atau beli yang murah-murah. Kami menghadkan perbelanjaan kami sehari cuma USD 3 hingga ke USD 4 sahaja. Sebab kami sedar yang kami tak mampu ni lah kami berjimat cermat. Lagipun, barulah adventure! Ini Dr. dah tahu tak mampu, nak minta tajaan yang melampau sehingga USD 1 juta? Kami ni pun tahu malu juga nak meminta-minta tajaan, apatah lagi tajaan sehingga USD 1 Juta.

Buat apa USD 1 Juta tu Dr.? Duduk hotel 5 star ke? Makan mewah ke? Fly first class ke? Visa negara mana yang mahal nak mati tu? Cuba bagi tahu kami.

kembara

Cubalah duduk hotel murah, makan jimat, naik economy class je, saya tak rasa cecah pun USD 100 Ribu untuk misi Dr. ni. Silap-silap jauh lagi murah. Dengan USD 1 juta tu, macam-macam boleh dibuat untuk membangunkan negara dan masyarakat. Lagipun Dr. kan ada nama. Mesti banyak duit kan? Apa lah sangat pakai duit sendiri kan?

Misi kemanusiaan apakah yang Dr. bawakan tu? Berbaloikan dengan menyumbangkan USD 1 juta tu kepada Dr. dan adakah misi kemanusiaan yang

Dr. bawakan ini boleh mengubah dunia? Jika misi kemanusiaan yang Dr. bawa tu boleh menghentikan semua penderitaan manusia di seluruh dunia, saya sanggup gadai semua harta yang saya ada untuk menaja misi Dr. ni. Kalau tidak berbaloi, saya rasa USD 1 juta tu baik lah digunakan untuk pembangunan negara dan masyarakat. Ada faedahnya juga.

Nak kata Dr. bawa nama negara? Kami pun bawa nama negara. Kami siap mempromosikan negara kami kepada semua orang yang kami jumpa di jalanan, secara percuma!

Apa lagi alasan Dr. minta tajaan sehingga USD 1 juta? Boleh Dr. berikan perincian dan penjelasan? Saya harap saya dapat mendengar penjelasan dan perincian dari pihak Dr.

Eh kejap! Dr. nak lari ke mana dengan USD 1 juta tu? Ke planet Marikh ya? Patut la mahal. Huhu

Salam dari Bishkek, Kyrgyzstan.

Sumber Berita: Siakap Keli

Kredit Foto: Amir Arsad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...