Pengeluaran Roti Gardenia Sudah Sampai Tahap Maksima, Akui Tidak Dapat Tambah Bekalan Di Pasaran Lagi

COVID-19

Pengeluaran Roti Gardenia Sudah Sampai Tahap Maksima, Akui Tidak Dapat Tambah Bekalan Di Pasaran Lagi

Berita menyedihkan buat semua rakyat Malaysia apabila Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, pengeluar roti Gardenia di Malaysia memaklumkan tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran. Di dalam satu kenyataan yang dikongsikan, syarikat itu memberitahu semua kilang mereka telah mencapai tahap pengeluaran maksima.

Selain daripada nasi, roti juga merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Berita ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada seluruh negara yang kini sedang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan sehingga hujung bulan ini.

Advertisement

“Oleh yang demikian, kami tidak dapat lagi menambahkan bekalan produk-produk kami di pasaran.”

gardenia

Pengumuman ini sedikit sebanyak menjawab persoalan tentang stok roti Gardenia yang dilihat semakin kehabisan di pasaraya. Walaupun berhadapan dengan masalah pengeluaran, syarikat tersebut meminta orang ramai untuk tidak panik dan kekal tenang pada waktu genting ini. Mereka juga berjanji akan meneruskan penghantaran seperti biasa.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat pembelian panik dengan membeli dalam kuantiti yang banyak berikutan masalah ini. Sebaliknya bertimbang rasa pada pembeli yang lain supaya semua pihak dapat menikmati roti Gardenia dalam stok yang semakin sedikit ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...