Pengeluar Produk “Claim” Susu Sunnah Tapi Sebaliknya Terkandung Gula Dan Minyak Sawit ?

Trending

Pengeluar Produk “Claim” Susu Sunnah Tapi Sebaliknya Terkandung Gula Dan Minyak Sawit ?

Masih ingatkah anda tentang skandal produk tenusu dan susu tepung di China pada tahun 2008? Dimana penipuan susu tepung yang dikeluarkan dikilang melibatkan 300,000 mangsa.

Advertisement

Seramai 54,000 bayi telah dimasukkan ke hospital akibat kekurangan zat dan 6 bayi meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

Susu tersebut telah dicampurkan dengan melamin supaya paras protein nampak seakan tinggi.

Jadi susu tersebut hanya mengenyangkan bayi tetapi tiada zat langsung kecuali sedikit dari karbohidrat dan lemak. Bukan setakat itu saja, malahan mendapat batu karang dan komplikasi buah pinggang pula.

Mereka menipu pembeli secara kejam. Mangsanya adalah bayi.

Di Malaysia juga kita ada senario penipuan yang seakan sama.

Cuma bukan melamin yang ditambahkan tetapi serbuk krimer yang berasal dari minyak sawit. Jadi paras protein susu tersebut sebenarnya amat rendah.

Namun diiklankan sebagai sesuai untuk bayi dan anak kecil yang tak mampu mendapat susu ibu atau yang alah terhadap susu lembu.

Lebih teruk lagi ialah diiklankan sebagai susu sunnah kerana ia dikatakan mengandungi susu kambing dicampurkan madu, delima, za’faran dan sebagainya.

Padahal terlalu rendah paras susu kambing yang digunakan.

Yang tinggi adalah paras krimer minyak sawit dan gula. Bayi akan kenyang tetapi akan mendapat malnutrisi jika diambil sebagai makanan utama buat jangkamasa panjang.

Keperluan protein bayi adalah dalam lingkungan 1g per kilo berat badan.

Susu formula (walaupun yang berjenama biasa) mampu memberikan protein sekitar 10-16g bagi setiap 100g susu.

Tetapi susu kambing sunnah ini hanya menyumbangkan sekitar 1-4g protein bagi setiap 100g susu. Manalah bayi tak kekurangan zat dan kurus kering?

Cuma dalam hal ini, pengeluar susu sunnah tersebut tidaklah menipu tentang paras protein seperti yang dilakukan oleh pengeluar susu dari China. Tetapi tetap bersalah kerana diiklankan sebagai pengganti susu untuk bayi membesar.

Sebagai ibubapa, kita perlulah lebih bijak. Lihat label sebelum membeli.

Niat baik nak beri susu kambing namun sebenarnya beri gula dan minyak sawit kepada bayi. Dan bayi sebenarnya tak perlukan delima, kurma, za’faran dalam susu. Mengarut dah tu!

Jika kelmarin saya berbicara tentang suplemen berbahaya orang dewasa, hari ini saya berbicara tentang susu bayi dan kanak-kanak yang menggunakan modus operandi yang sama.

Kedua-duanya menyalahgunakan makna makanan sunnah.

Kedua-duanya menggunakan samaran agama.

Hidupkan sunnah dalam kehidupan bukan bermakna cari sunnah segera dalam botol atau dalam kotak susu.

Sumber : Doktor Hana Hadzrami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...