Umum diketahui bahawa pelepasan cukai jualan untuk kenderaan CKD dan CBU bakal ditamatkan pada 31 Disember 2020.
Menerusi pengumuman yang diberikan oleh Kementerian Kewangan sebentar tadi, pengecualian cukai jualan ke atas kereta penumpang CKD dan CBU import baharu dan import terpakai akan dilanjutkan bermula 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021.
Siaran media berkenaan lanjutan pengecualian cukai jualan ke atas kereta penumpang (termasuk MPV & SUV) completely knocked-down (CKD), completely built- up (CBU) import baharu & CBU import terpakai di bawah PENJANA. pic.twitter.com/Amn0RE8HLi
— Ministry of Finance?? (@MOFmalaysia) December 29, 2020
Untuk kenderaan CKD, rakyat Malaysia dapat menikmati pengecualian cukai jualan sepenuhnya dan ini termasuk MPV dan juga SUV.
Kenderaan CBU import baharu dan terpakai pula akan dikecualikan 50 peratus cukai jualan termasuk MPV dan juga SUV.
Mungkin ada yang masih lagi teringin untuk membeli kenderaan baru atau import, namun ada juga yang mengatakan harga selepas pengecualian cukai jualan masih dianggap tinggi kerana jumlah diskaun bukanlah dari harga kenderaan keseluruhan.