Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pengawal Keselamatan Sedih Disepak Dan Ditumbuk Pelawak Terkenal

Semalam, viral video seorang pelawak terkenal menumbuk seorang pengawal keselamatan warga emas sehingga cedera di bahagian muka, pinggang dan lutut.

Advertisement

Lelaki berusia 70 tahun itu yang dikenali sebagai Yahya Manap mengakui sedih dibelasah teruk tetapi tidak menyimpan perasaan dendam terhadap artis itu.

Menceritakan perkara sebenar yang berlaku, Yahya memberitahu kereta Proton Perdana yang dipandu artis melulu masuk ke kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati Nilai, Negeri Sembilan tanpa kebenaran.

Kalau dia nak minta maaf, tunggulah saya sihat dulu. Saya tidak berdendam cuma sedih dengan perbuatannya itu.

Saya pelik dengan tindakan lelaki itu lalu menunggang motosikal mengekorinya bertujuan memintanya membuat pendaftaran terlebih dulu. Namun, sebaik tiba di depan sebuah rumah, saya lihat dia sedang bertengkar dengan penghuni itu dan beredar. Saya mengekori semula keretanya dan dia berhenti di depan palang yang bertutup. Dia memarahi supaya membuka palang itu dan menendang motosikal saya.

Advertisement

Saya cuba memberi penjelasan, tetapi dia menumbuk muka saya tiga kali dan menendang pinggang. Dia kemudian ambil batu membalingnya ke arah saya namun saya sempat mengelak dan mengenai kerusi.

Bukan itu sahaja, Yahya juga memberitahu pelawak itu turut mengugutnya sebelum beredar. Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Acacia, Noor Hisham Yaacob, berharap pihak polis menjalankan siasatan lanjut  dan tindakan sewajarnya dapat diambil dengan tujuan memberi pengajaran. Sepatutnya seorang selebriti harus menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat, bukan sebaliknya

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 Comments

  1. Alanice

    April 9, 2019 at 1:30 pm

    Mamak puteh ni

  2. Jjay

    April 9, 2019 at 10:32 am

    Tengok muka pakcik guard ni ,teringat kat abah yg brkerja keras siang malam cari rezeki .sayu saya tengok .hmm

  3. Anonymous

    April 9, 2019 at 10:13 am

    asal muka sensor? kan 1 malaysia dah tau…

  4. Anonymous

    April 9, 2019 at 8:23 am

    Tension xde job kot? Huhu…perangai sebenar mcm tu agaknya. Tengok dlm Lagi2 Senario…watak gangster…mmg sesuai dah….hehe….bangang tahap gaban!

  5. hasmah biola

    April 9, 2019 at 12:52 am

    aku tenguk muka pakcik guard rasa sayu sgt. sudah berumur tetapi masih bekerja .rasa geram sgt kat LPP.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama