Pengawal Keselamatan Nepal Dipecat Kerana Bunuh Anjing Berteduh Di Kawasan Parkir Pusat Beli Belah

Trending

Pengawal Keselamatan Nepal Dipecat Kerana Bunuh Anjing Berteduh Di Kawasan Parkir Pusat Beli Belah

Seorang pengawal keselamatan dari Nepal telah dipecat oleh syarikat yang mengupahnya kerana memukul sehingga mati seekor anjing yang berteduh dari hujan di sebuah pusat beli belah terkenal. Dia juga khabarnya telah diserahkan pada pihak polis oleh syarikat tersebut.12916084_1310179888999401_295754246760378036_o

Tindakan ini ialah susulan kepada laporan polis yang dibuat oleh Lye Jin Kit, yang melihat anjing itu dipukul sehingga mati di bahagian kepala oleh pengawal keselamatan tersebut di ruang letak kereta pusat beli belah yang dijaganya pada tengah malam Sabtu lepas. Menurut Lye:

Advertisement

Keluarga saya terdengar anjing menyalak tiga kali dari tempat letak kereta pusat belah itu. Salakan ketiga sangat menyedihkan.

Dia kemudiannya bergegas ke tempat letak kereta itu bersama abang dan ibu bapanya, dan melihat pengawal keselamatan warga asing berdiri berhampiran anjing yang hampir mati itu bersama kayu pemukul di tangannya.
12916374_1310179892332734_548477654461704923_o

Ketika itu anjing itu masih hidup tetapi kepalanya berdarah dan matanya sudah bertukar merah.

Kami memarahi pengawal itu apabila penyelianya datang. Penyelia itu mengambil kayu pemukul tersebut dan memberitahu kami yang dia tidak pernah suruh pengawal itu bunuh anjing.

Lye mempercayai yang anjing itu mungkin berlindung di pintu masuk pusat beli-belah tersebut, menambah yang pengawal itu mungkin telah mengejar dan mengepungnya sebelum ia dipukul hingga mati.

Sebelum itu hujan lebat, anjing itu mungkin hanya berlindung di situ.

Lye berkata ibunya pernah melihat anjing itu di sekitar kawasan tersebut dan percaya ia anjing yang ditinggalkan kerana ia bersih dan dijaga rapi.

Latest update : Puspa Rani just received a call from the owner of the security company and they will surrender the Nepal…

Posted by Malaysia Independent Animal Rescue on Sunday, 3 April 2016

Apabila dihubungi, staf pusat beli-belah tersebut berkata pengawal tersebut ialah pekerja oleh syarikat swasta yang diupah oleh pengurusan untuk memberi khidmat kawalan keselamatan.

Perbuatan tersebut mengundang kritikan hebat orang ramai terhadap pengurusan pusat beli belah tersebut, malah terdapat Netizen yang pergi ke pusat beli-belah itu untuk ‘membalas dendam’, tetapi pengawal itu tidak kelihatan di situ.- amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...