Satu video menjadi tular di media sosial TikTok apabila seorang pengasuh bayi dilihat ralit bermain telefon bimbit sehingga tidak sedar anak asuhannya terkapai-kapai dan hampir kelemasan kerana tertekup bantal dan kain.
Difahamkan, video tersebut dikongsi ayah kepada bayi berkenaan di mana memperlihatkan anaknya itu terkapai-kapai lebih 20 saat kerana kelemasan.
Apa yang membuatkan netizen bengang adalah apabila pengasuh yang berada berdekatan bayi tersebut dirakam sedang leka bermain telefon bimbit.
Berikutan insiden itu, si bapa kemudian membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan turut ditemani pihak berkuasa bagi mendapatkan keadilan kerana kecuaian pengasuh terhadap bayinya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.