Kes penganiayaan dan penderaan kanak-kanak menjadi isu yang cukup serius di dalam mahupun luar negara. Kanak-kanak sepatutnya dijaga dan dilindungi agar mereka sentiasa selamat.
Namun, satu kejadian yang berlaku 3 Mei lalu di Indonesia dimana seorang pengasuh tergamak mendera kanak-kanak berusia 2 tahun dengan membanting, mencekik dan mencakar serta memukul kanak-kanak malang itu, lapor Tribun News.
Tindakan kejam pengasuh berusia 23 tahun itu sempat terakam CCTV di rumah dan hal itu disedari oleh majikannya iaitu Joanna Harttono, ibu kepada anak-anak itu. Saat kejadian, ibubapa kanak-kanak tersebut sedang bekerja di pejabat dan mereka meminta pengasuh untuk menjaga anak bongsuya.
Meskipun berada di pejabat, ibunya sering melihat rutin harian anaknya melalui CCTV yang dipasang di dalam rumah. Dia berasa terkejut kerana melihat tindakan pengasuhnya itu mendera anak bongsunya.
Melihat tindakan kejam wanita itu, Joanna mengesyaki pengasuh anaknya itu menghidap masalah mental memandangkan dia mendera anak bongsunya sambil menyanyikan lagu-lagu kerohanian dan bersikap seakan tidak tahu apa-apa.
Pun begitu, masalah ini tidak dibawa ke balai polis tetapi Joanna memberhentikan pengasuh anaknya itu yang sudah bekerja sejak akhir Januari 2021.