Pengasuh 59 Tahun & Tiga Anak Asuhan Diceroboh Dua Perompak, Harta Peribadi Bernilai Lebih RM55K Lesap

Berita

Pengasuh 59 Tahun & Tiga Anak Asuhan Diceroboh Dua Perompak, Harta Peribadi Bernilai Lebih RM55K Lesap

Terjadi pada 21 Februari, seorang pengasuh wanita yang sedang menjaga tiga anak asuhannya telah dikejutkan apabila mereka berdepan dengan dua orang penceroboh yang memasuki rumahnya secara tiba-tiba.

Bawa senjata parang & kayu

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, insiden tersebut telah berlaku pada jam 6.30 pagi di rumah wanita berkenaan tinggal bersama tiga anak asuhannya yang berumur enam hingga 10 tahun.

Advertisement

Tambah Hasni, mangsa yang berumur 59 tahun menyedari perkara itu semasa ingin ke dapur dan mendengar pintu pagar rumahnya dibuka mereka. Dua penceroboh tersebut juga bersenjatakan sebilah parang dan sebatang kayu.

Ketika berada dalam bilik, mangsa didatangi dua lelaki bertopeng hitam terus menggeledah rumah mencari wang dan barang kemas.

 

Mangsa kemudian disuruh masuk ke dalam bilik kedua yang diduduki anak asuhan yang ketika itu sedang nyenyak tidur.

penceroboh Sumber : Gambar Hiasan  

Duit dan barang kemas dicuri

Tambahan pula, Berita Harian juga melaporkan bahawa penceroboh tersebut telah berjaya mengambil beg mangsa yang mempunyai wang kurang lebih RM5K. Bukan itu sahaja, mereka juga telah mencuri barang kemas milik mangsa yang bernilai sekitar RM50K serta sebuah telefon.

Suspek juga melarikan sebuah kereta mangsa sebelum dijumpai semula kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian dekat Taman Wangsa, Behrang.

pdrm

Namun begitu, mangsa dan kesemua anak asuhannya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kejadian tersebut.

Sekadar info, kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. di samping itu, pihak polis juga masih giat mencari dua suspek berkenaan.

kereta
2 months ago

Hanya Kerana Dahagakan 'Views' Di TikTok, Seorang Pemuda Membakar Kereta Polis Telah Ditangkap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...