Pengasas Universiti Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Meninggal Dunia

Trending

Pengasas Universiti Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Meninggal Dunia

Arwah Prof Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid merupakan salah seorang pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan pusat pengajian tinggi awam yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Malaysia.

Advertisement

Disebabkan cintanya yang mendalam terhadap bahasa Melayu, Prof Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid semasa hayatnya amat bersungguh-sungguh melihat sebuah universiti menggunakan bahasa kebangsaan sebagai medium pengajaran serta pembelajaran dan dengan usaha yang gigih beliau dan rakan-rakannya menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kesungguhan beliau dan rakan rakannya kerana ketika itu tiada universiti tempatan menggunakan bahasa Melayu. Meskipun terdapat Universiti Malaya yang namanya Malaya, ia masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Zainal Abidin, 84, bekas ahli Jawatankuasa Penubuhan UKM meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 14, jam 10 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan balu, Datin Badariah Abdul Hamid, 81, dan dua orang anak, Zainal Izmi dan Zainal Izlan, 50, serta lima cucu.

Zainal Abidin dilahirkan pada 14 Mei 1933 di Teluk Intan, Perak. Pendidikannya bermula di Sekolah Melayu Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dan Sekolah Anglo – Chinese Teluk Anson dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Setelah memperoleh ijazah sarjana dalam bidang sejarah dari University of Queensland, Australia, beliau bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum berkhidmat di Kementerian Luar Negeri.

Beliau menjadi pensyarah sejarah di Universiti Malaya pada tahun 1962. Apabila UKM ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Profesor dan Ketua Jabatan Sejarah pada tahun 1970 hingga 1991.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...