Pengasas Uniqlo Mahu Saingi Zara Dan H&M, Beri Tumpuan Kepada Pasaran Asia

Trending

Pengasas Uniqlo Mahu Saingi Zara Dan H&M, Beri Tumpuan Kepada Pasaran Asia

Uniqlo merupakan antara pengeluar pakaian antarabangsa yang memiliki lebih 1000 lokasi seluruh dunia.

uniqlo

Advertisement

Syarikat ini memiliki pendekatan dan pendedahan tersendiri bagi bersaing dengan syarikat lain seperti H&M dan Zara.

Bagaimanapun, Uniqlo lebih memberi tumpuan kepada negara asal pengeluarannya iaitu lebih kurang 700 premisnya berada di Jepun walaupun mempunyai peluang besar untuk pasaran di Eropah dan Amerika.

Strategi syarikat ini memberi fokus kepada permintaan pelanggan berbanding kuantiti yang banyak. Selain itu, fesyen-fesyen yang diketengahkan oleh Uniqlo telah menjadi ikutan terkini penduduk Jepun.

uniqlo

Ketika ditanya apakah visinya tentang Uniqlo, pengasas dan ketua eksekutifnya Tadashi Yanai mahu menjadikan Uniqlo sebagai peruncit pakaian terbesar di dunia.

Menurutnya lagi, Asia adalah lubuk untuk mengukuhkan perniagaan kerana ia mempunyai berjuta-juta penguna kelas pertengahan.

Malah, Uniqlo bakal membuka kedai pertamanya di India tahun ini dan sedang mempertimbangkan sama ada untuk membawanya ke Vietnam dan negara-negara lain (sebelum ini ia telah membuka rangkaian kedai di Indonesia, Singapura dan Thailand).

Manakala untuk semua pasaran di Asia, menurut penganalisis fesyen dan pengarang buku, Takahiro Saito ketika membandingkannya Zara, Uniqlo tidak boleh bergantung hanya pada produk musim sejuk kerana ada beberapa negara yang beriklim panas. Justeru ia perlu mengubah formulanya yang mungkin berisiko.

uniqlo

Walaupun pasaran sangat berbeza, Eropah dan Amerika tidak menawarkan kelebihan. Malah, Uniqlo terpaksa bekerja keras di luar bandar-bandar besar di timur dan pantai barat. Perkembangan pasaran dan jualan sangat perlahan di kedua-duanya.

Selain itu, Uniqlo terpaksa bersaing dengan pesaing sedia ada seperti Gap. Jadi, Uniqlo terpaksa melakukan strategi lain seperti menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan pemain tenis Roger Federer serta bergandingan dengan pereka fesyen Jil Sander.

Yanai yakin bahawa dia boleh membimbing orang ramai melalui perubahan yang diperlukan. Beliau juga bercakap tentang perancangan mengenai penghasilan kasut, pakaian dan skirt, di mana Uniqlo sebelum ini hanya menawarkan pilihan yang terhad terhadap pasaran tersebut.

Sumber Berita: The Economist

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...