Pengasas produk kosmetik terkenal, Rissa Skin iaitu Nurul Syaheraa tampil mencuri perhatian ramai apabila dia mengenang kembali saat mula bekerjasama dengan pelakon Fattah Amin.
Dalam satu hantaran di Threads, Syaheera ada memuat naik satu video memperlihatkan Fattah Amin sedang duduk bersila ketika makan.
Difahamkan, Fattah sedang menjalani penggambaran iklan untuk jenama produk kosmetik terkenal itu.
Asyik bagi vitamin je kan, hari ni saja la nak throwback waktu mula-mula Fattah Amin collabs dengan Rissa. Dah hampir setahun sebenarnya, terlalu banyak yang telah dilalui suka duka untuk sampai ke tahap ni.
Seketul Fattah Amin yang semua tak tau, sangat humble, dia lupa yang dia tu Fattah Amin, makan sendiri je nak duduk bersila. Takde meja pun takpe. Mudah urusan dengan Fattah since day 1 sampai sekarang dah jadi suami Amira.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan pengikut pelakon itu tampil meluahkan rasa teruja dengan perkongsian Syaheera itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.