Pengasas Replyr.ai Perkenal Aplikasi Chatbot “SOHAI” Untuk Memerangkap Penipu Dalam Talian

Teknologi

Pengasas Replyr.ai Perkenal Aplikasi Chatbot “SOHAI” Untuk Memerangkap Penipu Dalam Talian

Tak mustahil untuk bayangkan teknologi AI digunakan untuk menipu orang kerana kita semua sedia maklum dengan panggilan automatik daripada ‘scammer’ sebelum ini.

Tapi bagaimana kalau ada chatbot AI yang digunakan untuk melawan ‘scammer’? Inilah dia, Scammers On Hold AI, atau lebih dikenali dengan singkatan “SOHAI”.

Advertisement

sohai apps chatbox memerangkap scammer

Maklumat tentang chatbot ini dikongsi di LinkedIn oleh Dylan Tan, pengasas Replyr.ai yang berasal dari Singapura, satu perkhidmatan yang menggunakan agen AI untuk membantu urusan media sosial perniagaan.

Chatbot untuk “mengumpan ” penipu ini dibina guna agen yang sama yang digunakan oleh perniagaan sebenar, menurut Dylan.

Setakat ini, chatbot ini hanya boleh digunakan melalui WhatsApp dengan identiti seorang yang bernama Madam Soh.

Caranya, anda boleh beri nombor ini kepada penipu yang cuba hubungi anda, atau anda boleh kongsikan nombor ini jika nampak ada posting penipuan di media sosial.

sohai apps

Chatbot ini akan cuba membuang masa penipu dengan cara memberi alasan, mengelak topik, atau berpura-pura tak faham. Yang lebih menyusahkan, balasan chatbot ini datang pada selang masa yang tak menentu, dari beberapa saat hingga sehari penuh.

Chatbot ini juga akan merekod setiap perbualan, termasuk nama penipu, apa yang mereka cakap, dan cara mereka cuba menipu.

Jika anda berminat, anda boleh cuba chatbot anti-penipu ini, atau gunakan seperti yang dimaksudkan, melalui nombor yang tertera.

Tapi, disebabkan nombor ini dari Singapura, agak mudah untuk dikesan jika digunakan untuk melawan ‘scammer’ tempatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 days ago

Aplikasi Apple TV Kini Boleh Dilayar Pengguna Android Di Seluruh Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Linked In

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...