Pengasas Program eHati Ditahan Polis Lepas Beri Keterangan Di IPD Petaling Jaya

Trending

Pengasas Program eHati Ditahan Polis Lepas Beri Keterangan Di IPD Petaling Jaya

Pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor telah ditahan oleh pihak polis hari ini selepas memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Memetik laporan New Straits Times, peguam mereka iaitu Datuk M Reza Hassan mengesahkan perkara itu dan menyatakan anak guamnya ditahan oleh polis IPD Shah Alam.

Advertisement
Inspektor polis ditahan kes rogol

gambar hiasan

Menurutnya, anak guamnya itu ditahan mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan seramai 50 individu akan dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan berhubung program motivasi rumah tangga kontroversi yang tular baru-baru ini.

Program yang dianjurkan di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam telah mencetuskan kemarahan dan menjadi bualan orang ramai selepas beberapa bekas peserta tampil membuat pendedahan yang mengejutkan.

peserta eHati

Malah ada juga yang mendakwa telah diminta melakukan aksi tidak senonoh dan diberi minum sejenis air diberi nama ‘Air Piya’ yang didakwa mengandungi bahan mengkhayalkan.

2025-07-14 15:17:11

Polis Panggil 50 Individu Terlibat Program eHati, Bermula Dengan Pasangan Suami Isteri Selaku Penganjur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...