Pengasas Moon Cake Pernah Lumpuh, Kini Viral Menjadi Perampas Suami Orang Pula

Trending

Pengasas Moon Cake Pernah Lumpuh, Kini Viral Menjadi Perampas Suami Orang Pula

Mungkin ada hikmahnya bila orang tua-tua selalu berpesan, buat baik berpada-pada. Wanita dikenali sebagai Hanna Baa ini kecewa apabila rakan karib yang dianggap sebagai adiknya sendiri sanggup menikamnya dari belakang. Bukan saja dikhianati malah suaminya juga turut dirampas!

Mengenali rakan karib

Maaf kalau posting ini menganggu, hanya untuk kesedaran kaum wanita dan pesanan agar korang berjaga-jaga dengan orang sekeliling.

Advertisement

Kebahagiaan saya hari ini musnah kerana terlampau percayakan orang yang sangat rapat dengan saya. Setiap kali menemani suami ke class marketing di KL, saya kesian melihat dia keseorangan dan tak ada kawan.. saya cuba untuk mendekati dia dan berkawan dengannya. Atas alasan simpati itu juga lah, dia mengambil kesempatan terhadap kebaikan saya.

perempuan yaya

 

Bayangkanlah seorang isteri tidak pernah ada rasa syak wasangka langsung yang mereka akan menjalinkan hubungan cinta diam-diam di belakang saya. Kerana saya melayan baik, menyokong dan menganggap dia seperti adik kandung saya sendiri, perempuan yang saya panggil nama YAYA.

Malahan saya menyayangi dia dengan ikhlas, tak pernah sedetik melihat kekurangannya, sentiasa mendengar rintihannya tapi tanpa saya sedar, dibelakang saya dia bercinta dengan suami saya. Allahuakbar! Saya salahkan kedua duanya.

Bernikah di Siam

perempuan yaya

Tergamak mereka semasa saya mengandung, melahirkan dan ketika sedang berpantang, mereka berhubungan di belakang saya tetapi dalam masa yang sama perempuan yang saya anggap adik berpura-pura baik di depan saya. Ya Allah beratnya dugaan saya kali ini. Sungguh tergamak mereka.

perempuan yaya

perempuan yaya

Sedangkan dia tahu saya punya keluarga yang bahagia dengan 3 cahaya mata, tapi dengan sekelip mata hancur berderai gara-gara ditikam sahabat baik dari belakang seperti ini.

Jika mengenangkan kembali kebaikan yang saya lakukan untuk mereka, sejujurnya hati saya hancur dan kecewa dilakukan sebegini rupa. Saya tidak dapat nak membalas segala perbuatan mereka kerana saya percaya Allah itu Maha Adil.

Anugerah Tokoh OKU Maal Hijrah

tokoh maal hijrah

Gadis dikenali sebagai Yaya atau Haziqah Nurul Huda Harun ini merupakan penerima Anugerah Tokoh Orang Kurang Upaya (Perempuan) pada majlis sambutan Maal Hijrah 1440 Hijrah/2018 peringkat Terengganu.

Dia yang merupakan usahawan pembuatan kek bulan halal menjadi viral di media sosial apabila kisahnya yang dahulu lumpuh, kini sudah boleh berjalan selepas insiden terjatuh di tanah suci Mekah. Baru-baru ini juga, dia menerima Anugerah Inspirasi Kehormat CEO 2019 di Putrajaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...