Menerusi X, bekas pekerja kedai runcit ternama, 99 Speedmart meluahkan tentang pengalaman mereka ditindas ketika berkerja di sana.
Isu ini timbul selepas pengasasnya yang merupakan seorang OKU, Lee Thiam Wah kini disenaraikan sebagai billionaire terbaru di Malaysia.
Net worth RM12.2 bilion. Dengan ini beliau menjadi orang nombor 8 terkaya di Malaysia. Tahniah!
Billionaire terbaru di Malaysia selepas saham 99 Speedmart disenaraikan di Bursa Malaysia hari ini.
Lee Thiam Wah
Fouder of 99 SpeedmartNetworth: USD2.8 billion (RM12.2 billion)
Dengan ini beliau menjadi orang nombor 8 terkaya di Malaysia. Tahniah! pic.twitter.com/is3KWXI1fU
— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) September 9, 2024
Antara keluhan yang disuarakan di X adalah tentang gaji rendah, waktu kerja yang panjang dan manfaat yang ala kadar dan tidak setimpal.
Seorang individu juga meluahkan tentang kekecewaan terhadap faedah diberikan kepada pekerja. Katanya, pengurus cawangan atau pembantu pengurus dibayar gaji kurang daripada RM2,800.
Ada juga yang menyuarakan tentang syarikat itu yang tidak mengalu-alukan golongan OKU untuk bekerja malah cawangan kedai juga tidak mesra OKU meskipun pengasasnya berstatus OKU.
Ramai turut berkongsi pengalaman kerja melebihi 12 jam sehari. Kata mereka kebanyakan pekerja kedai runcit, termasuk di 99 Speedmart, terpaksa bekerja dari pukul 8 pagi hingga 10 malam tanpa diberi bayaran overtime yang setimpal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.