Pengasas Hot Burger Malaysia Rasa Terancam Selepas Buat Pendedahan

Trending

Pengasas Hot Burger Malaysia Rasa Terancam Selepas Buat Pendedahan

Pengasas rangkaian Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid meluahkan rasa kecewanya selepas apa yang berlaku berikutan pendedahannya mengenai kewujudan kedai judi dan rokok seludup secara haram sebelum ini.

“Hari ini dia dah terbalik dunia ini, saya buat laporan saya pula yang diancam.”

Advertisement

Mohd Asri semalam tular selepas membuat pendedahan mengenai kegiatan haram yang telah lama berlaku di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Baca: Dakwaan “Hot Burger Malaysia” Tidak Tepat. KPD Sungai Buloh Tampil Berikan Penjelasan

Dalam video perkongsian terbarunya yang dimuat naik di akaun Facebook Malakat Tribune, dia menyatakan yang dia kini berasa terancam selepas pendedahan yang dibuatnya.

Dia turut menyatakan bahawa pihak polis telah membuat laporan terhadap dirinya yang dikatakan telah membuat tohmahan.

Ramai yang terkesan selepas pendedahan itu

Menurut Asri pendedahannya itu telah memberi kesan kepada pihak-pihak yang terlibat dan membuatkan mereka tidak senang duduk dengan kegiatan haram yang berleluasa sebelum ini.

“Tuan-tuan tahu tak kesan dia (pendedahan) apa yang berlaku, bukan di daerah Sungai Buloh sahaja, semua daerah (yang ada) kedai judi terjejas.”

Namun, yang mengecewakan Asri apabila dirinya kini turut berada dalam situasi bahaya dan terancam. Dia menyatakan rasa pelik dengan apa yang berlaku kerana dia cuba melaporkan jenayah yang berlaku tetapi sebaliknya dia kini berasa tidak selamat.

Asri dalam video tersebut menceritakan secara terperinci tentang situasi yang dihadapinya kini.


Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...