Pengasas bersama motivasi rumah tangga yang kini tular, Ehati International Sdn Bhd (eHati), Diana Tahir dan Rahim Shukor akhirnya tampil dan menepis dakwaan berkenaan program yang dianjurkan syarikat mereka.
Menerusi Facebook, Diyana Tahir telah mengeluarkan kenyataan panjang tentang semua dakwaan yang ditularkan sebelum dan menegaskan bahawa eHati bertujuan membantu wanita untuk mendapatkan kebahagiaan, mencari ketenangan dan memulihkan trauma mereka melalui pendekatan Neuro-Linguistic Programming (NLP).
Kata mereka lagi, modul yang dibangunkan adalah untuk membimbing peserta menerusi teknik pengurusan emosi yang berkesan termasuklah kaedah ‘breathwork, ‘trauma release exercise’ dan hipnoterapi.
Ada juga program yang membantu wanita yang sudah berkahwin dan mungkin menghadapi cabaran dalam hubungan suami isteri, termasuk kekeliruan terhadap tubuh sendiri dan emosi.
Nafi unsur urutan tantra dan cendawan ajaib
Selain itu, pasangan itu turut menjelaskan tentang dakwaan bahawa eHati melibatkan unsur urutan berasaskan tantra di mana mereka berkata bahawa kaedah sebenar telah diadaptasi daripada gabungan urutan pelvic floor dan urutan Thai.
Kaedah ini diolah agar bersesuaian dengan nilai tempatan dan tidak melibatkan sebarang ritual agama lain. “Ia juga merupakan modul pilihan, dan peserta tidak diwajibkan untuk mengikutinya.
Diyana dan Rahim juga turut menjawab tentang dakwaan berkaitan minuman Piya yang didakwa mempunyai ‘cendawan ajaib’ dan barang terlarang yang mengkhayalkan.
Ia hanyalah campuran koko asli, madu dan rempah semula jadi yang dirumus untuk membantu menenangkan fikiran dan tubuh badan.
Program ke Bali bukan untuk sebar ajaran sesat
Pasangan itu turut menafikan tuduhan bahawa peserta eHati dibawa ke Bali untuk menyebarkan ajaran sesat dan foto yang tular tersebut adalah ketika mereka sedang melakukan aktiviti ‘breathwork’.
Dalam pada itu, pengasas eHati tersebut juga memaklumkan telha hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada November 2022 untuk memberi keterangan.