Pengarah Syarikat Dirompak Ketika Tunggu Lampu Isyarat, Penyamun Sasar Pemandu Wanita

Trending

Pengarah Syarikat Dirompak Ketika Tunggu Lampu Isyarat, Penyamun Sasar Pemandu Wanita

Seorang pengarah syarikat wanita hanya mampu beristighfar apabila cermin kereta yang dipandunya tiba-tiba dipecahkan sebelum beg tangannya dilarikan oleh sekumpulan enam lelaki dalam kejadian samun di Jalan Bukit Katil.

Advertisement

Ibu kepada lima anak itu telah disamun oleh kumpulan berkenaan yang bertindak mengepung di bahagian kiri, kanan dan belakang kenderaan MPV jenis Toyota Vellfire yang dipandunya, lapor Sinar Online.

Kejadian samun yang menimpa mangsa, Farah Syazila, itu turut dikongsi oleh seorang lelaki yang juga saksi kejadian di Facebook.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, wanita tersebut antara enam mangsa kejadian samun yang dilaporkan kepada polis dalam tempoh lapan jam membabitkan enam lokasi berbeza di Bukit Serindit, Ayer Keroh dan Lagenda.

“Kita menerima enam laporan membabitkan kejadian samun yang berlaku antara jam 11 pagi hingga 11 petang yang mengatakan didatangi tiga hingga enam lelaki menaiki dua hingga tiga motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Kita tidak tolak kemungkinan keenam-enam kes dilaporkan ini dilakukan suspek sama berikutan modus operandi sama digunakan ketika menyerang mangsa dan mereka dipercayai menyasarkan pemandu berseorangan terutama wanita serta kenderaan mewah,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, keenam-enam mangsa berusia lingkungan 20-an hingga 30-an termasuk seorang lelaki mengalami kerugian kira-kira RM15,000 dengan nilai paling tinggi berjumlah RM10,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...