Pengarah Sahkan Filem IT: Chapter 2 Akan Berdurasi Hampir Tiga Jam

Trending

Pengarah Sahkan Filem IT: Chapter 2 Akan Berdurasi Hampir Tiga Jam

Pengarah filem It: Chapter 2 baru-baru ini mengumumkan filem terbarunya akan berdurasi lebih panjang daripada sebelumnya iaitu selama 2 jam 45 minit. Bermakna hampir tiga jam anda dapat menonton kisah Pennywise ini!

Pada mulanya selepas selesai proses penyuntingan, Andy Muschietti mendapati filem ini selesai dengan berdurasi selama empat jam dan menurutnya agak mustahil untuk meneruskan dengan masa yang agak panjang.

Advertisement

Memikirkan durasi yang agak panjang itu, beliau mengambil keputusan untuk memendekkan kepada 2 jam 45 minit selepas menyunting beberapa babak yang tidak diperlukan.

“Kami tidak boleh menyampaikan filem berdurasi lebih 4 jam kerana penonton akan berasa kurang selesa tidak kira sebagus mana visual yang ingin dipaparkan.”

It: Chapter 2 kembali menemui penonton sebagai bab terakhir filem ini dimana Losers Club kembali mengotakan janji mereka untuk menghapuskan Pennywise selepas tempoh 27 tahun. Filem ini bakal menemui penonton pada 6 September 2019.

Sebelum ini filem Avengers: Endgame mencatat sejarah apabila menayangkan filem berdurasi 3 jam 2 minit.

Artikel berkaitan: Trailer Terbaru Filem It: Chapter 2, Bab Penutup Untuk Kesudahan Kisah Badut Seram Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...