Pengarah dan penulis skrip Anwar Rusdini memaklumkan telah membuat laporan polis terhadap penyanyi Noraniza Idris gara-gara disingkirkan daripada pasukan Konsert Qalam yang bakal berlangsung September ini.
Menurut Anwar, penyingkiran itu terjadi disebabkan dia sering mendesak agar wang deposit dibayar bagi hasil kerja dan tugasan sempena konsert itu namun gagal.
Sudahlah tidak menerima wang yang dituntut, Anwar sebaliknya disingkirkan.
Bila saya serahkan quotation, dia (Noraniza) cakap nanti dia mesyuarat dahulu. saya minta surat perjanjian pun dia berdalih.
Sampai 6 Ogos saya tak terima sebarang pembayaran. Saya beritahu saya tidak akan sambung kerja selagi wang pendahuluan tidak dibayar. Akhirnya dia singkirkan saya daripada pasukan persembahan.
Katanya lagi, dia dipanggil untuk menulis skrip pada awalnya untuk konsert tersebut namun mula diarahkan untuk membuat kerja-kerja pengurusan yang lain.
Tapi sampai masa saya minta deposit, dia melenting. Padahal memang itu prosedurnya, sepatutnya bayaran masuk dulu baru kita buat kerja.
Anwar juga memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan polis pada Khamis di Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan selanjutnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.