Pengarah Kongsi Teaser Pertama ‘The Batman’ Menampilkan Robert Pattinson Sebagai Teraju Utama

Trending

Pengarah Kongsi Teaser Pertama ‘The Batman’ Menampilkan Robert Pattinson Sebagai Teraju Utama

Buat pertama kalinya, Matt Reeves selaku pengarah filem terbaru The Batman berkongsikan perkembangan terkini filem yang dijangka tayangannya pada tahun hadapan. Filem terbaru The Batman kali ini menampilkan Robert Pattinson sebagai teraju utama membawakan watak Batman.

Matt Reeves berkongsikan pandangan pertama dari ‘screen test’ yang dilakukan bersama Robert Pattinson yang dilihat turut memakai kostum Batman. Di dalam video yang dikongsikan, Robert dilihat memakai kostum Batman yang mempunyai logo yang berlainan daripada versi Batman sebelum ini.

Advertisement

Robert Pattinson yang merupakan peminat filem Batman arahan Tim Burton pada tahun 1989 dan 1992 begitu teruja selepas mendengar Matt Reeves akan mengarahkan filem terbaru Batman. Beliau kemudiannya segera menyertai proses uji bakat yang akhirnya membawa kepada pemilihan beliau sebagai watak utama.

batman

Pemilihan Robert sebagai Batman mendapat pelbagai reaksi daripada peminat setia watak adiwira itu terutamanya mereka yang lebih ‘familiar’ dengan Christian Bale sebagai Batman. Filem The Batman dijangka menemui penonton pada 25 Jun 2021 dan turut dibintangi oleh Zoe Kravits (Catwoman), Colin Farrell (Penguin), Paul Dano (Riddler), Jeffrey Wright (James Gordon) dan Andy Serkis (Alfred Pennyworth).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...