“Pengarah JPJ, Sistem Hangpa Terlampau Jahanam Betul-Betul Sampah!” – Sharnaaz Ahmad Bengang Dengan Sistem ‘Bid’ Nombor Plat

Hiburan

“Pengarah JPJ, Sistem Hangpa Terlampau Jahanam Betul-Betul Sampah!” – Sharnaaz Ahmad Bengang Dengan Sistem ‘Bid’ Nombor Plat

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon berbadan sasa Sharnaaz Ahmad meluahkan kekecewaan dan kemarahannya terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disebabkan kurang efisien.

Difahamkan, Sharnaaz bersuara gara-gara sistem bidaan nombor plat, JPJeBid menyusahkan pengguna disebabkan ia perlu dikemaskini.

Advertisement

Sistem hangpa terlampau jahanam. Minta maaf cakap kepada Pengarah JPJ, sistem memang betul-betul sampah, tahi kucing.

Sharnaaz Ahmad

Bapa kepada seorang anak itu juga turut menyuarakan tentang scalper yang akan membeli nombor berkenaan secara pukal dan menjualnya semula kepada pembeli lain dengan harga tinggi.

Disebabkan mereka ini jugalah ramai orang awam tidak dapat membida nombor plat yang mereka idamkan malah terpaksa membeli dengan harga lebih mahal.

Aku tanya berapa ramai orang awam menang bida? Tak ramai. Yang menang ini adalah scalper. Lepas itu kena beli dekat scalper yang dah naikkan harga. Dia beli RM3,000 dan dia jual RM5,000… mana keadilan kita yang nak bid?

Dia yang mesra dipanggil mamu turut menggesa agar pihak atasan JPJ untuk menghapuskan budaya dan kewujudan scalper yang berleluasa.

Sharnaaz turut meminta agar pihak JPJ mencipta sistem yang betul-betul adik untuk semua rakyat yang mahu membida nombor plat pilihan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sharnaaz
2 years ago

"Bagi Aku Ok Je. Lelaki Boleh Kahwin Empat, Ingat Tak Benda Tu?" - Sharnaaz Ahmad Beri Respon Tentang Poligami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...