Pengarah Joko Anwar Bakal Perkenalkan Filem Adiwira ‘Gundala’ Inspirasi Dari MCU

Trending

Pengarah Joko Anwar Bakal Perkenalkan Filem Adiwira ‘Gundala’ Inspirasi Dari MCU

Tidak dapat dinafikan industri filem Indonesia semakin berkembang maju sejak beberapa tahun ini. Semakin banyak lambakan filem dari seberang yang berjaya mendapat kutipan tinggi di Malaysia seperti Pengabdi Setan dan kini Makmum yang semakin hangat ditayangkan.

Tidak lama lagi, kita bakal saksikan filem adiwira terbaru dari Joko Anwar menampilkan watak adiwira Gundala. Filem ini merupakan kerjasama dengan BumiLangit Studios, syarikat komik adiwira terkenal di Indonesia. Filem Gundala bakal menemui penonton pada 29 Ogos ini dengan peneraju utamanya Abimana Aryasatya.

Advertisement

Seperti Marvel Cinematic Universe (MCU), BumiLangit Studios akan memperkenalkan filem-filem adiwira lain selepas Gundala. Antara nama besar lain yang turut sama berlakon ialah Nicholas Saputra, Joe Taslim, Ario Bayu, Dian Sastro dan pelakon Malaysia, Bront Palarae.

poster watak adiwira filem bumilangit
poster watak adiwira filem bumilangit
poster watak adiwira filem bumilangit
poster watak adiwira bumilangit
poster watak adiwira bumilangit
poster watak adiwira
poster watak adiwira
poster filem adiwira
poster watak adiwira

filem-filem adiwira dari bumilangit

Antara filem-filem adiwira lain yang akan menyusul dalam lima tahun akan datang

BumiLangit Studios merupakan syarikat komik yang menampilkan karakter adiwira Indonesia dan telah menguruskan lebih 1,000 karekter setakat ini. Kerjasama mereka dengan pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar ini sudah semestinya mendapat sokongan penuh dari penonton Indonesia.

Jika dilihat kepada trailer filem Gundala ini, memang nampak menarik kerana penceritaannya diolah mengikut budaya Indonesia dan bukan lah meniru budaya Barat. Jika sambutan yang diterima menggalakkan, ini akan menjadi filem adiwira dari Asia Tenggara yang berkualiti tinggi.

Sumber: Odisi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...