Pengarah Filem ‘Extraction’ Jelaskan Mengapa Banyak Proton Dalam Filem Tersebut

Trending

Pengarah Filem ‘Extraction’ Jelaskan Mengapa Banyak Proton Dalam Filem Tersebut

Pastinya rakyat Malaysia teruja apabila kenderaan jenama Proton ditampilkan dalam filem Extraction yang di tayangkan di Netflix bulan lalu.

Model Proton seperti Satria NEO, Saga FL dan Savvy muncul beberapa kali di dalam filem yang melakukan penggambaran di Dhaka, Bangladesh ini.

Advertisement

Pengarah filem itu, Sam Hargrave menjelaskan ketika mereka membuat lawatan ke Dhaka dan serata India untuk penggambaran filem itu, kelihatan banyak kenderaan jenama Proton di atas jalanraya.

“Jadi bagi memastikan adegan-adegan di jalanraya di sekitar bandaraya Dhaka itu nampak seperti keadaan sebenar, kami memastikan kereta Proton kelihatan.”

Syarikat PHP Automobiles yang terletak di Bangladesh merupakan syarikat yang membuat pemasangan lima model Proton iaitu Saga, Preve, Exora, Geely X70 dan Persona. Jadi sebab itulah kenderaan ini banyak kelihatan di Dhaka.

Pihak polis di Dhaka juga ada yang menggunakan kenderaan jenama Proton.

Filem Extraction mengisahkan Tyler, seorang askar upahan yang diupah untuk menyelamatkan anak pengedar dadah terbesar iaitu Ovi yang dibintangi oleh Chris Hemsworth. Sam Hargrave terkenal sebagai koordinator aksi untuk beberapa filem di Marvel Cinematic Universe (MCU), dan filem ini merupakan filem sulungnya.

Penggambaran filem Extraction dilakukan di tiga buah negara iaitu Bangladesh, India dan Thailand.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...