Baru-baru ini, di platform Threads, tular satu perkongsian seorang individu yang meluahkan pandangannya mengenai drama terbaru yang bakal di tayangkan iaitu Thariq Ridzuwan: His Treasure.
Netizen nak boikot drama Thariq Ridzuwan: His Treasure?
Individu berkenaan mempersoalkan scene di dalam drama tersebut yang memaparkan pelakon lelaki dan perempuan berpegangan tangan.
View this post on Instagram
Macam ada nampak scene pegang tangan kot kalau tak silap. Memang sekarang ni aktor muslim dah tak ada batas ke masa berlakon?
Dalam pada masa yang sama, dia turut berkata trailer drama tersebut juga kelihatan cringe (mengelikan).
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan individu tersebut dan mahu memboikot kerana pengarah filem berkenaan juga tidak menjaga hati penulis novel asal cerita tersebut.