Sejak Datuk Farid ditahan Khamis lalu, ramai pula artis dan beberapa pihak lain membuat kenyataan tentang apa yang berlaku sehari sebelum beliau ditahan polis.
Terbaru, pengarah Shuhaimi Lua mengakui berlakunya insiden Ridzuan Hashim ditampar dan turut mendedahkan Farid membawa pistol ke lokasi penggambaran.
Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggangnya, tapi tidak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar.
Bukan itu sahaja, Farid terus berkelakuan pelik dan turut menengking seorang jurukamera secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab.
Tiba-tiba dia menengking jurukamera saya sambil bertanya: “Kau belajar dengan siapa?” beberapa kali dengan suara yang sangat kuat sehingga kami terkejut. Dia bukan pelakon dalam drama saya, tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan iaitu sahabatnya. Selepas kejadian menampar Ridzuan, kami terpaksa berhentikan penggambaran seketika.
Apa yang berlaku kepada Farid ketika ini memang amat rumit dan mengejutkan orang ramai. Tidak dinafikan perbuatan beliau yang bertindak agresif terhadap pihak berkuasa dan orang awam adalah satu kesalahan berat. Namun, kita jangan terus membuat andaian tersendiri, pasti ada sebab disebalik kejadian tersebut.