Drama Lelaki Itu yang kini sedang ditayangkan di saluran TV3 menjadi tumpuan warga maya sejak ia ditayangkan tidak lama dahulu dek kehebatan para pelakon yang membintangi naskah arahan Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif itu.
Babak r*gol drama Lelaki Itu jadi tumpuan
Mempunyai plot dan juga pengajaran yang baik seperti didakwa netizen sebelum ini, perkongsian terbaru TV3 mengenai episod seterusnya drama itu di media sosial nampaknya tidak diterima netizen.
Dalam hantaran tersebut, saluran TV3 ada memuat naik sedutan babak saat pelakon Hannah Delisha dirogol sekumpulan lelaki di dalam semak.
Ia sekaligus mengundang pelbagai respon dalam kalangan peminat drama tempatan yang rata-ratanya negatif dan berbaur kecaman.
Babak tidak sesuai ditayangkan media ‘mainstream’
Ini kerana visual babak berkenaan yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan dianggap menjijikkan serta melampau.
Kata netizen, jikalau ingin memberitahu sesuatu watak itu dirogol sekalipun, tidak perlu melakonkan babak yang ‘menggelikan’ seperti itu.
OMG! Sya kena rogol bergilir gilir dengan mat motor! 😱😱😱 #LelakiItu #DramaSangat pic.twitter.com/9119GKhlSM
— tv3malaysia (@tv3malaysia) April 25, 2024
Malah, netizen juga menganggap setiap pihak yang terlibat dalam menjayakan babak tersebut sebagai ‘bodoh’, apatah lagi jika ia dijadikan ‘content’ media sosial bagi tujuan mempromosikan drama.
Drama Lelaki Itu kini ditayangkan di Slot Samarinda TV3 dan menampilkan barisan pelakon popular seperti Dato’ Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda, Hannah Delisha, Sophia Albarakbah dan juga Nur Fazura.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.