Pengantin Terkejut Video Perkahwinan Terlalu Canggih, Ada Motosikal Di Bumbung Masjid

Trending

Pengantin Terkejut Video Perkahwinan Terlalu Canggih, Ada Motosikal Di Bumbung Masjid

Perkahwinan hanya ingin diraikan sekali dalam seumur hidup justeru ramai berbelanja besar untuk memastikan majlis perkahwinan meriah, gah dan berjalan lancar.

Advertisement


Majlis ini biasanya didokumentasikan dalam bentuk gambar dan video dan disimpan sebagai kenangan. Ramai sanggup berbelanja besar mendapatkan khidmat jurufoto dan juruvideo profesional untuk menghasilkan gambar dan video yang terbaik dan berkualiti buat tatapan anak cucu.

Namun seorang wanita terkejut mendapati video perkahwinannya disunting dengan kesan khas yang luar biasa sehinggakan ada motorsikal diletakkan di bumbung masjid!

Video tersebut boleh ditonton di bawah:

Ini pula ialah screenshot perbualan pengantin perempuan dan juruvideo:

 

Khabarnya, khidmat juruvideo tersebut termasuk dalam pakej perkahwinan yang ditempah dari perunding perkahwinan. Juruvideo itu digunakan untuk menggantikan juruvideo asal pada saat akhir.

Lagu latar yang digunakan juga kelakar kerana Jar of Hearts dendangan Christina Perry ialah lagu mengenai perhubungan yang berbentuk abusif manakala lagu Metallica The Unforgiven II pula ialah lagu metal ballad mengenai mereka yang tidak boleh dimaafkan.

Mungkinkah motosikal di atas bumbung masjid ialah inspirasi dari filem Seniman Bujang Lapok? Apapun, terima kasih kerana menghiburkan kami, bang! – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...