Baru-baru ini, sebuah video tular memaparkan kejadian pelamin roboh ketika majlis sanding sepasang pengantin.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan orang ramai berusaha membetulkan pelamin yang hampir tumbang, namun keadaan berjaya dikawal. Sementara itu, pasangan pengantin yang sedang makan beradab hanya mampu memerhati dari jauh.
Ekoran video itu menjadi perhatian, seorang wanita yang hadir di majlis berkenaan tampil memberi penjelasan bahawa insiden tersebut berpunca daripada anaknya.
Menerusi satu hantaran, wanita itu berkongsi bahawa anaknya terlalu teruja melihat rakan-rakan bermain di atas pelamin, sementara dia berada berdekatan meja makan beradab untuk merakam gambar pengantin.
Anak aku main lari-lari dengan kawan sebaya dia dan memang tak sangka anak aku pergi ke sofa (pelamin) tu dia pergi tolak ke belakang, aku ingat hanya sofa itu sahaja lah yang jatuh, tapi tak sangka backdrop tu sekali roboh.
Wanita itu mengakui kejadian tersebut amat memalukan dan mengundang rasa geram, namun dalam masa yang sama disifatkan sebagai sesuatu yang melucukan.
Suami aku terus naik pelamin betulkan pelamin tu, benda ni jadi pengajaran buat aku dan semua juga, jangan bagi budak-budak main dekat pelamin, orang-orang dulu kata kan.
Bagaimanapun, wanita tersebut turut meluahkan rasa serba salah dan memohon maaf kepada pengantin yang juga rakannya. Menurutnya, pasangan pengantin tidak menyimpan sebarang rasa hati atas insiden tersebut.
Namun, insiden berserta penjelasan wanita itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya perkara itu tidak harus diambil enteng dan gurauan terutamanya di hari bahagia pengantin baru.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.