“Pengantin Sanggup Berhutang Semata-Mata Nak Tetamu Kagum” – Perunding Perkahwinan

Trending

“Pengantin Sanggup Berhutang Semata-Mata Nak Tetamu Kagum” – Perunding Perkahwinan

Hakikatnya ialah kos untuk berkahwin pada zaman ini memang mahal, tetapi terpulang kepada diri pasangan bakal pengantin untuk terus memilih majlis yang gah tapi telan belanja tinggi, atau sekadar bersederhana.

Advertisement

Perunding perkahwinan Einong Bridal, Salmee Suhana Kamaruddin berkata, peningkatan kos akibat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan dilihat masih tidak cukup memberi kesan kepada pasangan pengantin.

Katanya, kos perkahwinan biasanya meningkat apabila pasangan pengantin mahu macam-macam untuk majlis mereka, seperti tambahan aksesori dan bunga.

Malah, katanya pada masa ini masih ada yang sanggup membelanjakan ratusan ribuan ringgit dan berhutang demi melihat tetamu kagum dengan majlis perkahwinan mereka.

“Sebenarnya isu kos kahwin mahal ini bukan masalah jika bakal pengantin bersikap realistik dalam merancang majlis perkahwinan mereka. Bak kata pepatah, ‘ukur baju di badan sendiri’.

“Jika mampu boleh sediakan bajet yang lebih dan jika tidak cukuplah bersederhana kerana pakej yang disediakan kebanyakan perunding banyak menawarkan majlis yang menarik dengan harga murah,” katanya.

Beliau berkata apa yang penting bakal pengantin perlu berunding dulu dengan perunding majlis bagi memastikan keinginan mereka sepadan dengan bajet.

Salmee yang sudah 4 tahun berkecimpung sebagai perunding perkahwinan berkata ada beberapa faktor menyebabkan majlis perkahwinan kini menjadi semakin mahal.

“Pengantin mahu macam-macam dan sebagai perunding kita akan ikut kehendak yang mereka ingini berdasarkan bajet mereka.

“Dan sebab itu kadang-kala kos menjadi tinggi kerana perunding perkahwinan terpaksa menyediakan barang perhiasan tambahan mereka seperti aksesori dan bunga hiasan yang mereka mahu,” katanya.

Pemilik butik perkahwinan Wishhper, Cheryl Kheng berkata sebagai perunding majlis beliau biasanya akan menasihati bakal pengantin supaya bersikap rasional dan berjimat cermat dalam memilih pakej perkahwinan.

“Ini kerana pelanggan yang datang bukan semua daripada keluarga berada. Walaupun bajet sederhana, kita sebagai perunding pastinya ada sentuhan yang boleh menghasilkan majlis perkahwinan yang menarik untuk mereka,” katanya, lapor FMT.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...