Memang tidak dinafikan, wujud ibu bapa yang suka mengawal hidup dan ada juga yang memaksa anak-anak mengikut telunjuk atau kehendak mereka.
Jika anak masih kecil boleh lagi diterima namun ada sesetengah perkara terutamanya apabila anak dewasa tidak seharusnya ibu bapa memaksa anak-anak seperti perkahwinan.
Panjat bumbung, protes perkahwinan diatur keluarga
Dalam satu kejadian yang berlaku di negara jiran, Indonesia seorang wanita menggemparkan kampung tempatnya tinggal selepas melakukan protes dengan memanjat dan duduk di bumbung rumah.
Menerusi video yang tular di media sosial, wanita itu yang memakai baju hitam dan berseluar putih dilihat hanya termenung dalam keadaan mencangkung sambil rumah itu dikelilingi penduduk setempat.
Menurut sumber, wanita tersebut dipercayai tidak suka dengan suaminya yang dipilih orang tuanya dan pernikahan itu baru berlangsung sehari sebelum kejadian.
Bukan itu sahaja, sumber tersebut juga berkata wanita berkenaan membuat protes untuk pulang semula ke rumah ibunya kerana enggan tinggal bersama suami.
Boleh sebabkan kemurungan
Kisah itu meraih perhatian warganet di mana ada yang terhibur dengan tindakan wanita tersebut namun sesetengah pihak mengkritik ibu bapa wanita tersebut kerana memaksa dan mengatur perkahwinan anak.
Segelintir wanita menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan mental pengantin berkenaan dan berkata perkara begini jika tidak diselesaikan boleh mendorong ke arah kemurungan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.