Pengantin Perempuan Hadir Menaiki Kelisa, Majlis Perkahwinan Serba Ringkas Ini Hanya Dihadiri 11 Tetamu

Kehidupan

Pengantin Perempuan Hadir Menaiki Kelisa, Majlis Perkahwinan Serba Ringkas Ini Hanya Dihadiri 11 Tetamu

Baru-baru ini viral tentang majlis perkahwinan yang serba serbi ringkas namun tetap eksklusif yang dikongsikan di media sosial ini. Walaupun ringkas, suasana sekitar majlis ini masih lagi meriah diraikan oleh keluarga terdekat yang hadir.

Pengantin perempuan turut dilihat hadir menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna biru pada majlis akad nikah yang menjadikannya lain daripada lain. Rata-rata netizen turut memuji perkahwinan yang cukup ‘humble’ ini dan konsep tidak berlebih-lebihan ini seharusnya dicontohi.

Advertisement

Dihadiri 11 tetamu

Majlis akad nikah pasangan ini cuma dihadiri oleh 11 tetamu sahaja yang terdiri daripada keluarga terdekat pengantin perempuan dan pengantin lelaki sahaja. Majlis akad nikah ini juga diadakan di sebuah masjid seperti mana-mana majlis akad nikah yang lain.

Kebanyakan netizen turut memuji majlis yang cukup ringkas ini dan turut ingin melakukan majlis ringkas begini pada majlis perkahwinan mereka. Namun, sudah pasti ramai yang bimbang halangan daripada keluarga yang mahukan majlis besar-besaran dilakukan.

Sebenarnya, terpulang pada hak individu sama ada mahu melangsungkan perkahwinan secara kecil-kecilan atau mahukan majlis yang cukup gah. Yang penting, pasangan pengantin bahagia meraikan hari bersejarah mereka.

Artikel berkaitan: Majlis Perkahwinan Jemputan Satu Ribu Tetamu Adalah Budaya Kolot Orang Melayu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...