Baru-baru ini viral tentang majlis perkahwinan yang serba serbi ringkas namun tetap eksklusif yang dikongsikan di media sosial ini. Walaupun ringkas, suasana sekitar majlis ini masih lagi meriah diraikan oleh keluarga terdekat yang hadir.
Pengantin perempuan turut dilihat hadir menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna biru pada majlis akad nikah yang menjadikannya lain daripada lain. Rata-rata netizen turut memuji perkahwinan yang cukup ‘humble’ ini dan konsep tidak berlebih-lebihan ini seharusnya dicontohi.
Dihadiri 11 tetamu
Majlis akad nikah pasangan ini cuma dihadiri oleh 11 tetamu sahaja yang terdiri daripada keluarga terdekat pengantin perempuan dan pengantin lelaki sahaja. Majlis akad nikah ini juga diadakan di sebuah masjid seperti mana-mana majlis akad nikah yang lain.
Kebanyakan netizen turut memuji majlis yang cukup ringkas ini dan turut ingin melakukan majlis ringkas begini pada majlis perkahwinan mereka. Namun, sudah pasti ramai yang bimbang halangan daripada keluarga yang mahukan majlis besar-besaran dilakukan.
Masa nikah dulu, told my parents takyah buat la kenduri, panggil sedara mara ja makan2. Mom and dad marah kata “dah kawen kena la buat kenduri”. Ermkaysssss…
— AtotheRtotheM (@ARahmanMenteri) January 18, 2020
Sebenarnya, terpulang pada hak individu sama ada mahu melangsungkan perkahwinan secara kecil-kecilan atau mahukan majlis yang cukup gah. Yang penting, pasangan pengantin bahagia meraikan hari bersejarah mereka.
Artikel berkaitan: Majlis Perkahwinan Jemputan Satu Ribu Tetamu Adalah Budaya Kolot Orang Melayu?