Pengantin Perempuan Batalkan Perkahwinan Gara-Gara Bakal Suami Tak Hafal Sifir Dua

Dunia

Pengantin Perempuan Batalkan Perkahwinan Gara-Gara Bakal Suami Tak Hafal Sifir Dua

Siapa sangka pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan di hari bahagia bertukar menjadi insiden yang tidak diingini hanya disebabkan bakal pengantin lelaki tidak dapat menghafal sifir dua.

Kejadian seperti ini berlaku di Mahoba, India dimana seorang bakal pengantin lelaki perlu mengambil ujian Matematik pada hari perkahwinannya sebaik tiba di rumah pengantin perempuan, lapor Tribune India.

Advertisement

Pengantin lelaki tiba di dewan perkahwinan bersama ‘baraat’ iaitu rombongan daripada pihak lelaki. Namun pengantin perempuan meragukan tahap pendidikan bakal suaminya lalu memintanya untuk menyebut sifir dua sebelum upacara menukar kalungan bunga sebagai tanda bermulanya upacara perkahwinan.

Apabila dia dapat tahu bakal suaminya gagal dalam ‘ujian’ tersebut, pengantin perempuan terus bangun dan meninggalkan dewan perkahwinan sekaligus membatalkan majlis tersebut.

Gambar Hiasan

“Keluarga pengantin lelaki tak bagi tahu perkara sebenar tentang tahap pendidikannya. Mungkin juga dia tidak pernah ke sekolah” – Sepupu pengantin perempuan

Sebelum ini, keluarga pihak lelaki disyaki telah menipu tahap pendidikan pengantin lelaki dan tindakan pengantin perempuan  yang membatalkan majlis itu membuatkan pihak keluarganya cuba memujuknya supaya tidak berbuat sedemikian.

Namun, pendirian pengantin perempuan masih tetap untuk tidak mengahwini lelaki yang tidak mempunyai asas Matematik. Perkahwinan tersebut diatur oleh kedua-dua keluarga dan bukan atas permintaan pengantin.

Advertisement

Setelah mencapai kata sepakat daripada kedua belah pihak, mereka bersetuju untuk memulangkan hadiah perkahwinan majlis tersebut. Macam ni pun ada juga ya?

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...