Pengantin ‘Lesap’ di Hari Perkahwinan, Ibu Bakal Pengantin Perempuan Buat Laporan Polis

Trending

Pengantin ‘Lesap’ di Hari Perkahwinan, Ibu Bakal Pengantin Perempuan Buat Laporan Polis

image

Ibu kepada pengantin perempuan yang didakwa ‘lari’ pada hari majlis perkahwinan tampil membuat laporan polis pada petang semalam.

Advertisement

Wanita yang berusia lingkungan 50-an itu membuat laporan di Balai Polis Tampin selepas merasa mereka sekeluarga dimalukan malah turut berhasrat untuk mengemukakan saman malu.

Sumber Sinar Online bagaimanapun berkata keluarganya masih lagi bersedia untuk meneruskan pernikahan itu sekiranya kes ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.

Sumber itu juga berkata pada awal Mac lau, pihak keluarga perempuan sudah memaklumkan terlebih dahulu dengan pihak keluarga lelaki untuk menangguhkan perkahwinan ke bulan Disember, sesuai dengan perjanjian untuk mengikat tali pertunangan dalam tempoh dua tahun.

“Ibu bakal pengantin perempuan berkenaan juga menyatakan sudah menerima wang hantaran sebanyak

RM13,000 dan bukannya sebanyak RM16,000 berikutan baki RM3,000 lagi sudah dimasukkan bakal pengantin lelaki ke dalam akaun anak perempuannya bagi membeli beberapa kelengkapan perkahwinan.

Pihak keluarga perempuan sudah memaklumkan beberapa kali kepada keluarga pengantin lelaki untuk menangguhkan majlis perkahwinan ke bulan Disember,” katanya di sini, semalam.

Selain itu, sumber itu juga menjelaskan ketiadaan keluarga pengantin wanita di rumah adalah disebabkan mereka membantu salah seorang anak berpindah rumah ke daerah lain.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...