Bekas suami kepada wanita yang tular selepas menyerbu majlis perkahwinannya sendiri bagi menyerahkan dokumen perundangan kini tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi satu rakaman video di TikTok.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Wan, menjelaskan bahawa dia dan bekas isterinya telah bercerai sejak dua tahun lalu, sambil menafikan dakwaan bahawa dirinya culas dalam membayar nafkah.
Menurut Wan, semua isu lama berkaitan tuntutan nafkah dan kes di Mahkamah Syariah telah diselesaikan, termasuk penetapan nafkah anak sebanyak RM900 sebulan (RM450 bagi setiap anak).
Dia kata ada bagi lima saman terhadap saya, cuma yang saya acknowledge dan saya sain pada hari semalam penyerahan dengan saya tu, saya dapat hanyalah dua saman nafkah tunggakan dan permohonan menaikkan nafkah anak.
Saya lalui tiga kes Mahkamah Syariah yang dah pun selesai; anak, nafkah anak, nafkah iddah dan juga tuntutan hutang. Ini dah selesai pada November 2024 tak silap saya.
Saya tak pernah culas, tak pernah sekali pun saya terlepas bayar untuk sebulan. Jadi untuk kata yang ada tunggakan atau culas nafkah, itu sama sekali tidak betul.
Menurutnya lagi, bekas isteri kini menuntut kenaikan nafkah kepada RM1,500 bagi setiap anak, menjadikan jumlah keseluruhan RM3,000 sebulan.
Berhubung tindakan bekas isteri yang hadir ke majlis dengan membawa kamera, Wan berkata perkara itu kini diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Dalam masa sama, Wan turut menyuarakan kebimbangan terhadap impak isu ini terhadap kerjaya dan maruah keluarganya, sambil memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.