Pengantin Lelaki ‘Viral’ Tak Bayar Nafkah Anak Buat Video Penjelasan – “Saya Tak Pernah Culas!”

Kehidupan

Pengantin Lelaki ‘Viral’ Tak Bayar Nafkah Anak Buat Video Penjelasan – “Saya Tak Pernah Culas!”

Bekas suami kepada wanita yang tular selepas menyerbu majlis perkahwinannya sendiri bagi menyerahkan dokumen perundangan kini tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi satu rakaman video di TikTok.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Wan, menjelaskan bahawa dia dan bekas isterinya telah bercerai sejak dua tahun lalu, sambil menafikan dakwaan bahawa dirinya culas dalam membayar nafkah.

Advertisement

Menurut Wan, semua isu lama berkaitan tuntutan nafkah dan kes di Mahkamah Syariah telah diselesaikan, termasuk penetapan nafkah anak sebanyak RM900 sebulan (RM450 bagi setiap anak).

Dia kata ada bagi lima saman terhadap saya, cuma yang saya acknowledge dan saya sain pada hari semalam penyerahan dengan saya tu, saya dapat hanyalah dua saman nafkah tunggakan dan permohonan menaikkan nafkah anak.

Saya lalui tiga kes Mahkamah Syariah yang dah pun selesai; anak, nafkah anak, nafkah iddah dan juga tuntutan hutang. Ini dah selesai pada November 2024 tak silap saya.

Saya tak pernah culas, tak pernah sekali pun saya terlepas bayar untuk sebulan. Jadi untuk kata yang ada tunggakan atau culas nafkah, itu sama sekali tidak betul.

Menurutnya lagi, bekas isteri kini menuntut kenaikan nafkah kepada RM1,500 bagi setiap anak, menjadikan jumlah keseluruhan RM3,000 sebulan.

Bekas Suami Enggan Beri Kerjasama Urusan Mahkamah, Wanita Terus Terjah Hari Pernikahan – “Aku Bersumpah Kau Dapat Masalah Rahim!”

Berhubung tindakan bekas isteri yang hadir ke majlis dengan membawa kamera, Wan berkata perkara itu kini diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Dalam masa sama, Wan turut menyuarakan kebimbangan terhadap impak isu ini terhadap kerjaya dan maruah keluarganya, sambil memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bekas suami tak bertanggungjawab
2025-10-06 15:21:44

Bekas Suami Enggan Beri Kerjasama Urusan Mahkamah, Wanita Terus Terjah Hari Pernikahan - "Aku Bersumpah Kau Dapat Masalah Rahim!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...