Pengantin Lelaki Maut Terjun Tingkat 7 Hotel Sejam Sebelum Nikah

Trending

Pengantin Lelaki Maut Terjun Tingkat 7 Hotel Sejam Sebelum Nikah

Di Kota Manado, Sulawesi Utara Indonesia, seorang bakal pengantin maut selepas terjun dari tingkat 7 sebuah bangunan hotel. Memetik laporan portal Makassar, lelaki tersebut jatuh berhampiran kolam renang dan dibawa ke hospital tidak jauh dari situ. Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia.

Dilaporkan juga, mangsa akan melangsungkan pernikahan pada Jumaat dan dijadualkan bernikah di Gereja Sentrum pada pukul 2 waktu Indonesia Tengah.

Advertisement

Malah, video rakaman menunjukkan mangsa berlari masuk ke hotel sebelum terjun menjadi viral di Tiktok. Menerusi video pendek tersebut, pengiring pengantin lelaki dilihat sedang berehat dan melakukan sesi live di Facebook.

Keadaan menjadi panik setelah rakan-rakan menyedari mangsa tiba-tiba terjun dari bilik hotel tersebut. Setakat ini masih belum dapat dipastikan apakah punca utama menyebabkan mangsa bertindak membunuh diri satu jam sebelum melangsungkan pernikahan.

Advertisement
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by OFFICIAL MAKASSAR INFO (@makassar_inffo)

Di ruangan komen, orang ramai menyatakan simpati dengan nasib bakal pengantin perempuan dan rakan-rakan pengiring yang semestinya trauma melihat kejadian di hadapan mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...