Seorang wanita telah berkongsi gambar hasil solekan seorang artis solekan atau MUA (makeup artist) yang bertugas menyolek wajahnya di hari perkahwinannya pada 20 April lepas. Apa yang mengejutkan hasil solekan MUA itu tidak kemas, dengan bedak asas bercapuk, manakala keningnya pula dilukis senget.
Ia ibarat mimpi ngeri buat seorang pengantin perempuan yang ingin kelihatan paling jelita pada hari paling bermakna dalam hidupnya.
Wanita itu, Nurul Hidayah, memberitahu artis solekan itu bertugas sebagai pelengkap dan bersekali dengan pakej perkahwinan yang telah ditempah olehnya.
Saya ingin meminta maaf jika pada Sabtu yang lepas semasa majlis saya, saya hilang kejap disebabkan malu untuk berjumpa sahabat dengan keadaan muka saya.
Dan rasa bertuah dikelilingi sahabat yang sentiasa ada untuk saya dan touch-up balik muka saya. Saya tak nak mendedahkan mana-mana pihak cukuplah memberi peringatan supaya pilihlah wedding planner yang terbaik untuk hari bahagia anda nanti.
Ambil yang murah boleh tapi pastikan berkualiti, ya? Sekali seumur hidup tu, beb. Sedikit kecewa tetapi semua benda dah lepas.
Sekian gambar untuk tatapan sebagai pengajaran.
Pesanan penaja : untuk keselamatan sila ambik MUA yang berlainan dari yang dalam pakej perkahwinan yang sedia ada, ya?
Apa yang boleh diperhatikan, MUA tersebut mungkin menggunakan bedak asas tidak asli yang tidak memenuhi piawaian dan cara dia melukis kening juga menunjukkan dia masih seorang yang baru atau ‘newbie’ dalam bidang solekan. Biasanya, bedak asas yang dijual di mana-mana farmasi tidak akan menghasilkan solekan yang bercapuk.
Justeru, para pengantin dinasihatkan berhati-hati memilih pakej perkahwinan, pastikan terlebih dahulu bagaimana hasil kerja MUA anda dengan melihat hasil kerja sebelum ini.
Mungkin juga anda boleh mengupah MUA lain yang tidak bersekali dengan pakej untuk menyolek wajah anda atau paling selamat, beli barang-barang solekan, berlatih solek dan kemudian bersolek sendiri saja untuk hari bahagia anda.-amazingnara.com
Sumber: Nurul Hidayah