Pengantin Jemput 150 Tetamu, Yang Datang 400, Individu Nasihat Tetamu Jangan Ajak Orang Lain Sesuka Hati – “Boleh Jatuh Haram..”

Hiburan

Pengantin Jemput 150 Tetamu, Yang Datang 400, Individu Nasihat Tetamu Jangan Ajak Orang Lain Sesuka Hati – “Boleh Jatuh Haram..”

Tular di media sosial tentang seorang pengantin yang berkongsi kisah yang terjadi di masjlisnya di mana makanan yang dihidang tidak cukup disebabkan tetamu yang hadir menjemput tetamu-tetamu yang lain sesuka hati.

Jangan ajak orang yang tak dijemput

Dikeranakan tular, seorang makeup artist terpanggil untuk memberi pendapat tentang isu berkenaan. Katanya, dia menasihati sebagai tetamu kita harusnya menghormati pengantin dan tidak sesuka hati menjemput mereka yang tak dijemput.

Advertisement

Bahayanya dekat sini, kalau awak sahaja yang dijemput, awak sahajalah yang pergi wedding itu. Melainkan kalau pengantin ada kirim jemputan.

@deakhalidmua♬ original sound – Dea Khalid

Boleh jatuh haram

Bukan itu sahaja, wanita ini turut mengingati orang ramai sekiranya ada yang hadir ke majlis perkahwinan tanpa dijemput oleh tuan rumah ataupun pengantin secara lansung, boleh jatuh haram hukumnya.

Bila makan makanan yang dihidang, boleh jatuh haram. Sebab awak tak dijemput tuan rumah atau pengantin. Jaga-jaga bab makan sebab dia jadi darah daging kita.

Dikeranakan isu ini tular di media sosial, ramai yang turut berkongsi pengalaman yang sama dengan pengantin tersebut dan meminta agar tetamu di luar sana akan lebih memahami adab sebagai tetamu yang dijemput ke sebarang majlis.

abdullah
1 year ago

"Tolong Jaga Adab, Dia Bukan Bahan Untuk Diketawakan" - Tetamu Paksa Dollah 'Chicken Dance', Bapa Saudara Beri Teguran Terbuka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...