Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Penganjur Respon Keluhan Aishah Tidak Dapat Hadiah Kemenangan GV4

Pendedahan serta keluhan penyanyi lagenda, Aishah yang kecewa kerana masih tidak dapat tanah lot banglo yang dijanjikan sebagai hadiah kemenangan Gegar Vaganza 4 dan mengenai isu barangan kemas tajaan Datuk Seri Vida yang palsu bukan sahaja mendapat perhatian ramai tetapi juga pihak Astro selaku penganjur program realiti pertandingan nyanyian itu.

Advertisement

Menurut jurucakap Astro, pihak penaja ada memaklumkan mereka memerlukan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan segala isu berkaitan penyerahan lot tanah tersebut.

Kami difahamkan pihak penaja (Bina Megah Empire) telah meminta sedikit masa untuk menyelesaikan beberapa perkara berbangkit berhubung hadiah penajaan yang berupa tanah lot banglo. Besar kemungkinan terdapat sedikit salah faham di antara pihak penaja dan pemenang dari segi tempoh masa untuk melunaskan bahagian mereka dalam perjanjian penajaan tersebut,

Berbicara mengenai hadiah tajaan barang kemas yang didakwa tidak bernilai itu, Astro tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut. Adalah lebih baik untuk perkara itu diajukan sendiri kepada pihak penaja.

Adalah lebih baik jika soalan itu ditujukan kepada pihak penaja dan kami enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Aishah menerusi akaun Instagramnya memberitahu beliau masih belum lagi menerima lot tanah banglo yang dijanjikan meskipun sudah setahun dinobatkan sebagai juara GV4. Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan barangan kemas tajaan Datuk Seri Vida yang kononnya bernilau RM80,000 sebenarnya tidak tulen.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. Gorges

    August 27, 2018 at 6:47 pm

    DSV. If necklace no nilai. Boleh sedekah pada aku tak? Serius ni. Nak posing nih

  2. Anonymous

    August 27, 2018 at 6:42 pm

    Hair ini DSV suruh bagi balik rantai diamond RM 80,000. DSV nak ganti dg Lavida coin. Tak payah la coin coin tu. ko pastikan dapat cash rm80,00 dan belanja aku. Minta RM 80,000 tau! Klu Rupiah rugi la.

  3. anonymous

    August 27, 2018 at 12:34 pm

    kesian aishah jatuh maruah padahal dia ni bintang dulu,kurng ajar si vida dan astrok

    • HAIZZZ

      August 27, 2018 at 1:55 pm

      Pendapat. Astro tk bole lepas tangan. Astro mesti teliti kesahihan apa2 yg nk ditaja. Sudah terang pemenang dapat tanah n barang kemas. Semestinya sijil tanah dan tanah tu sendiri sudah sedia tok diserahkn pada pemenang. Barangkemas periksa ketulinan n harga nya. Jgn asalkn ada penaja sampai nmpk diperbodohkn mereka. Buat la term n condition tok penaja or astro takot ke kalau buat tu tkde yg nk menaja? Cmne dgn pemenang yg lalu2? Adakah nasib mereka sama? B4 aisyah tkde pemenang yg lalu buat statemt. Ada mereka periksa harga barang kemas yg mereka dapat?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top