Tiada masa yang lebih sesuai seperti sekarang untuk melawat negara eksotik Vietnam kerana jalan raya beberapa destinasi utama Vietnam bakal menjadi meriah dengan aliran kebudayaan, gastronomik, festival kesenian dan acara-acara berkaitan pelancongan yang bakal diadakan dalam tempoh beberapa bulan ini.
Festival Juadah Tanah Selatan (sumber imej)
Turut terangkum di dalam senarai aktiviti adalah Festival Juadah Tanah Selatan yang bermula dari 24-28 Mei 2017 dan Festival Buah-buahan Selatan yang berlaku pada bulan Jun 2017 di kota Ho Chi Minh City.
Dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan Ho Chi Minh City, perayaang-perayaan ini dianjurkan untuk menghargai dan memperkenalkan juadah unik dan buahan-buahan eksotik tempatan Vietnam dan Selatan kepada pelawat antarabangsa dan domestik.
Festival Buah-buahan Tanah Selatan (sumber imej)
Di bandar barat laut pekan Sa Pa – sebuah pekan stesen bukit yang penuh warna-warni dan menawan, Festival Musim Panas Sa Pa sudah bermula dan telah menarik ramai pelancong domestik dan luar negara untuk menyaksi dan merasai sendiri keunikan budaya etnik minoriti wilayah tersebut.
Festival Musim Panas Sa Pa (sumber imej)
Dianjurkan sebagai sebahagian daripada Tahun Pelancongan Kebangsaan 2017 – Lao Cai, Festival Musm Panas Sa Pa berlangsung dari 29 April – 30 Jun 2017, memberikan pelawat peluang untuk menikmati pelbagai aktiviti termasuk festival bunga, peraduan sukan tradisional, prestasi masakan, pertandingan mendaki puncak Gunung Ham Rong dan juga simulasi majlis perkahwinan masyarakat Dao.
Aktiviti-aktiviti lain termasuk adat istiadat mengheret isteri H’Mong, sambutan musim baru masyarakat Xa Pho dan program ‘sehari sebagai petani’ di dalam masyarakat Ta Phin. Aktiviti-aktiviti ini pastinya memberikan pelawat suatu pengalaman unik mengenai Sa Pa yang tidak akan dilupakan.
Festival Bunga Api Antarabangsa Da Nang (sumber imej)
Tidak terhad kepada acara di darat, Vietnam juga mengalu-alukan Festival Bunga Api Antarabangsa Da Nang yang pasti memenuhi angkasa dengan percikan warna-warni dan bunyi guruh di langit selama lima minggu.
Dahulunya dikenali sebagai Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Da Nang, acara ini terdiri daripada lima pertunjukan bunga api berasingan yang dari 29 April – 24 Jun 2017.
Bertemakan Gunung Marble bersinar, setiap pertunjukkan dinamakan mengikut lima elemen Alam Semesta iaitu Malam Berapi, Malam Bumi, Malam Besi, Malam Air dan Malam Kayu yang akan memaparkan bunga api daripada pasukan Vietnam, Austria, Jepun, Switzerland, China, Australia dan Itali.
Festival Laut Nha Trang (sumber imej)
Turut tersenarai adalah Festival Laut Nha Trang dari 10 – 13 Jun 2017 di bandar peranginan pesisiran pantai Nha Trang. Sudahpun berlangsung buat kali kelapan, festival pesisiran pantai popular ini telah berjaya memperkenalkan kepelbagaian kaum, budaya dan keindahan Vietnam kepada dunia selama ini.
Tahun ini, festival ini akan sekali lagi memaparkan kerancakan Festival Laut menerusi program yang luas berkaitan persembahan seni, pameran, pertandingan sukan, pendidikan, pelancongan, juadah dan perdagangan.
Seterusnya adalah Festival Tanglung Hoi An 2017 yang jatuh pada 8 Jun 2017.
Festival Tanglung Hoi An (sumber imej)
Tidak seperti festival lain, Festival Tanglung Hoi An ini adalah acara bulanan yang diraikan pada hari ke-14 setiap bulan lunar. Acara ini akan menyaksikan Tapak Warisan Dunia UNESCO bertukar menjadi acara mengagumkan dengan paparan tanglung kertas.
Setiap kedai, restoran, bar dan pusat perniagaan di Kota Purba ini akan mematikan elektrik dan bergantung hanya kepada ratusan lilin dan tanglung. Ini pastinya suasana yang tidak harus kita lepaskan peluang!
Daripada kesibukan dan keriuhan kota hingga kedamaian kampung, para pelawat pasti menikmati keindahan Vietnam ini dalam beberapa bulan akan datang.
Pelawat yang berminat untuk turut serta dalam pelbagai perayaan kebudayaan ini kini boleh menyertainya menerusi Vietjet – syarikat penerbangan era baru Vietnam yang kini menawarkan promosi menarik untuk rangkaian domestiknya sebagai sebahagian daripada kempen ‘Musim Panas Percuma, Terbang Secara Percuma’.
Dari 23 – 25 Mei 2017, sebanyak 1.5 juta tiket promosi daripada serendah USD$0 akan ditawarkan sepanjang jendela kegemilangan yang dibuka setiap hari antara 1.00pm hingga 3.00pm. Promosi ini terpakai ke atas semua destinasi domestic Vietjet bagi perjalanan antara 1 Ogos hingga 31 Disember 2017 (tidak termasuk cuti umum).
Tiket promosi ini boleh diperoleh dengan menempat di www.vietjetair.com (juga boleh diakses menerusi telefon pintar di https://m.vietjetair.com) atau di www.facebook.com/vietjetvietnam (hanya klik butang “Booking”).