Pengalaman Setaraf PC, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition, Tablet Paling Versatile Tahun 2025

Branded

Pengalaman Setaraf PC, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition, Tablet Paling Versatile Tahun 2025

Anda masih bawa laptop yang berat pergi kerja? Ish, ish, ish, kenapa seksa diri buat penat badan, kalau anda boleh bawa tablet saja pergi ke kerja?

Lagi best, tablet ini serba boleh dengan pengalaman setaraf PC, paling penting harga mampu milik tau! Tablet yang kami maksudkan ini adalah HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025!

Nak tahu lebih lanjut tentang tablet ini? Jom kami kongsikan antara sebab kenapa ia setanding PC!

Lengkap Sekali Dengan Papan Kekunci Pintar

Apa yang best dengan HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 ni adalah ia didatangkan sekali bersama papan kekunci pintar boleh tanggal. Jimat duit, tak perlu cari yang lain.

Menariknya, papan kekunci ni menyokong sambungan terus Bluetooth, serta mempunyai lampiran magnet bagi memudahkan anda untuk lekatkan atau cabut daripada tablet. Senanglah kalau macam tu!

Akses Mudah Untuk Siapkan Kerja Dengan WPS

Memandangkan kelebihan HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 ini adalah serba boleh dan setaraf PC, mestilah ia menawarkan akses mudah untuk bekerja seperti WPS!

Kalau anda nak tahu, WPS ni merupakan antaramuka yang intuitif, serupa dengan versi PC bagi membantu menyiapkan kerja dengan lebih efisien.

WPS Office Powerpoint

WPS ini menawarkan percuma Word Document, PowerPoint dan Spreadsheet, serta ia menyokong anotasi tulisan tangan dan tandatangan elektronik untuk PDF. Baguskan?

WPS Office Excel

Nak kerja jadi lebih efisien dan cepat siap? Haa, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 membenarkan anda untuk buka 4 aplikasi dalam satu masa, di mana dua aplikasi boleh dipaparkan terapung dan diubah saiz, dan dua aplikasi selebihnya boleh berkongsi skrin sebelah-menyebelah tau!

Tak Sakit Mata Walaupun Berjam-Jam Hadap Tablet

Tipulah kalau anda tak pernah pedih mata bila terlalu lama sangat menghadap skrin laptop atau monitor betul tak? Haa, kalau dibiarkan nanti lama-lama boleh rabun tau!

Jadi, memahami keadaan yang anda selalu alami, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 hadir dengan skrin paparan PaperMatte yang mampu beri keselesaan pada mata dan anti silau.

Menariknya, paparan ini direka khas untuk memberikan keselesaan pada mata, terutamanya kalau anda menghabiskan banyak masa menghadap skrin.

Nak mudah faham, bayangkan perbezaan antara melihat skrin biasa dan melihat cahaya matahari.

Kalau anda lihat cahaya matahari, mata anda tak akan penat dan sakit sebab cahaya dari matahari adalah terkutub pekeliling, di mana cahaya itu dipancarkan secara sekata.

Manakala, kebanyakan skrin memancarkan cahaya secara tertumpu atau terkutub linear, di mana ia hanya memancarkan cahaya kepada bahagian mata yang sama berulang kali, menyebabkan ketegangan mata, keletihan atau masalah mata kering.

Jadi, dengan skrin paparan PaperMatte ini, ia mempunyai teknologi khas untuk menukar cahaya skrin yang kasar dan tertumpu kepada cahaya yang lebih semula jadi, menjadikan mata lebih selesa untuk membaca, melayari atau menonton skrin dalam tempoh lama.

Selain itu, paparan ini juga telah memperoleh sijil termasuk TÜV Rheinland Low Blue Light without Flicker, SGS Gold Standard 2.0, dan TÜV Rheinland Circular Polarization certification.

Bebas Untuk Berkarya Pada Nota Catatan

Siapa dekat sini jenis yang suka buat nota atau catatan, kami yakin anda pastikan akan suka dengan aplikasi HUAWEI Notes pada HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 ni.

Bukan apa, anda boleh jadi kreatif dan jadikan setiap catatan baru lebih mudah untuk difahami dan tak membosankan untuk dibaca dengan pelbagai seleksi sticker, cover dan kerta menerusi Resource Center.

Tahu tak, terdapat lebih 300 jenis sticker, 120 jenis cover dan 50 jenis kertas untuk anda pilih sebelum buat nota tau. Terdapat juga pelbagai jenis pilihan berus dan pensil, dari 2B, pen mata felt, hinggalah pen kaligrafi. Bestkan?!

Lagi best, anda juga boleh masukkan gambar, rakaman, tulisan tangan dan petikan ke dalam HUAWEI Notes ni.

Tak cukup dengan itu, HUAWEI Notes ini juga dilengkapi dengan Magic Memos yang dapat membantu menuliskan catatan, serta AI Handwriting Enhance, yang dapat menangkap tulisan anda, walaupun tulisan cakar ayam. Macam ni barulah seronok nak menulis!

Kalau dah HUAWEI Notes, mestilah ia dilengkapi dengan HUAWEI M-Pencil generasi ketiga, di mana ia tulisan akan muncul serta-merta apabila anda menulis, dan pen bergerak secara semula jadi mengikut kelajuan tangan, sangat responsif dan tepat.

Selain HUAWEI Notes, baru-baru ini aplikasi GoPaint juga baru saja dimasukkan ke dalam HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025, di mana terdapat pelbagai jenis berus seperti berus cat air, berus pensel, penanda yang boleh ditukar dengan mudah, dengan strokes yang licin, tekstur halus dan realistik.

Ringan, Mudah Di Bawa Ke Mana-Mana & Jangka Hayat Bateri Tahan Lama

Haa, daripada buat penat badan bawa laptop ke hulu ke hilir, lebih baik anda bawa HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 ni sebab serius ultra-ringan!

Hanya 515gram dengan ketipisan 6.1mm saja, tablet yang direka dengan unibody semua logam ini lebih nipis daripada versi sebelumnya.

Walaupun nipis dan ringan, anda jangan terkejut kalau kami kata bateri tablet ini mampu bertahan lama tau.

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 ini dibina dengan bateri sebesar 10,100 mAh, bateri paling besar dalam kelasnya, di mana ia mampu memainkan video berulang selama 13 jam.

Bukan itu saja, tablet ini juga menyokong pengecasan pantas 40W, serta pengecasan tanpa wayar menggunakan lampiran magnet.

Haa, kalau anda bandingkan HUAWEI MatePad 11.5 dengan laptop yang anda tengah gunakan sekarang ni, lebih baik anda bertukar kepada tablet ini betul tak? Ringan, mudah di bawa ke mana-mana, paling penting, kerja jadi lebih efisien.

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 Tablet Terbaik Untuk Bekerja

Dengan semua ciri yang ada pada HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025, memang tak dinafikan, ia adalah tablet terbaik untuk anda melakukan kerja.

Jadi, kalau anda berminat untuk dapatkan tablet ini, anda boleh dapatkan pada dua warna iaitu Violet dan Grey, pada harga bermula RM1,599 saja tau! Berbaloi kan?!

Pra tempah sekarang dan nikmati ganjaran hebat bernilai RM698, termasuk HUAWEI M-Pencil 3rd Gen dan PC Level WPS! Dapatkan sekarang di laman web rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada, dan TikTok.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HUAWEI, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...